fbpx
Now Reading
SME Bank XCESS 2023 Beri Laluan Buat PKS & Rancang Penyertaan Lebih 60 Rakan Strategik

SME Bank XCESS 2023 Beri Laluan Buat PKS & Rancang Penyertaan Lebih 60 Rakan Strategik

SME Bank XCESS 2023 akan kembali di MITEC Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 September ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Small Medium Enterprise Development Bank (SME Bank) telah mengumumkan bahawa program padanan perniagaan tahunan yang dinanti-nantikan, SME Bank XCESS 2023 akan kembali tahun ini dan menampilkan pengalaman hibrid dengan penyertaan daripada rakan kongsi tempatan dan antarabangsa.

Dijadualkan pada 21-22 September 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur, program yang akan mengubah hala tuju perniagaan ini bertujuan memperkasa dan memartabatkan perniagaan PKS melalui kerjasama strategik, sesi jaringan, pembelajaran dan peluang pengembangan perniagaan ke peringkat global.

“Memandangkan landskap perniagaan global terus berkembang, SME Bank XCESS 2023 bersedia membuka laluan kepada PKS melalui platform pemadanan perniagaan yang akan mengatasi sempadan fizikal dengan menggabungkan kedua-dua penyertaan secara berhadapan dan maya.

“Platform dinamik ini akan menjadi batu loncatan bagi PKS untuk mendapatkan pandangan tidak ternilai daripada pakar industri dan mewujudkan hubungan yang berharga dengan rakan kongsi strategik dan pempamer, memperluaskan akses mereka kepada sumber, kepakaran dan tinjauan pasaran yang boleh meningkatkan trajektori pertumbuhan perniagaan dengan ketara,” jelas Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail.


Memartabatkan PKS Menerusi Kerjasama Hibrid & Hubungan Maya

SME Bank XCESS Edisi tahun 2023 membawa kelainan ketara dalam programnya, melalui pelbagai peluang kerjasama dinamik.

Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan SME Bank, Hamdan Habibollah menambah, “Sehubungan itu, SME Bank telah merancang penyertaan lebih 60 rakan strategik tempatan dan antarabangsa.

“Usaha bersepadu ini bertujuan untuk memudahkan perbincangan dan penglibatan substantif antara PKS, usahawan, dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, syarikat anchor, entiti runcit dan pasar raya besar, pembekal, pengimport dan penghubung pasaran.”

Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan SME Bank, Hamdan Habibollah.

Memudahkan Akses Kepada Pembiayaan & Inisiatif Pembangunan

Menyedari kepentingan pembiayaan untuk pertumbuhan PKS, SME Bank XCESS 2023 akan menyediakan laluan kepada PKS untuk meneroka pelbagai pilihan kemudahan pembiayaan dan program melangkaui pembiayaan.

Dengan menghimpunkan PKS dan usahawan Malaysia di bawah satu bumbung, program ini mewujudkan platform yang menggalakkan interaksi maya dan fizikal antara PKS dan pengurus perhubungan berpengalaman dari SME Bank.

Interaksi ini bertujuan memudahkan penyelesaian pembiayaan dan perniagaan komprehensif yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan usahawan, daripada entiti perusahaan sosial kepada syarikat lebih besar, termasuk aspek di luar pembiayaan seperti pembinaan kapasiti.

Usaha ini direka bentuk untuk memperkasakan PKS dalam mengemudi landskap pembiayaan dengan berkesan sambil melengkapkan mereka dengan kemudahan untuk pertumbuhan dan mencapai kejayaan.


CEDAR

Penyertaan yang perlu diberi perhatian dalam program tahun ini ialah Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), anak syarikat milik penuh SME Bank.

Penyertaan CEDAR menggariskan komitmen Bank bagi melengkapkan PKS dan usahawan dengan pendekatan holistik kepada pertumbuhan perniagaan melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan yang direka khusus untuk memupuk potensi sedia ada PKS, meningkatkan kapasiti mereka untuk kemajuan yang berterusan dalam landskap ekonomi negara yang rancak.


Menghubungkan Prospek Peniagaan Global

Memperluaskan rakan kongsi Rentas Sempadan yang membolehkan penglibatan dan interaksi maya antara PKS dan pasaran global, XCESS 2023 memperkenalkan platform yang membolehkan PKS mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pembeli antarabangsa melalui inisiatif yang baru dilancarkan dikenali sebagai Program XCESS Beyond Borders (XBB).

XBB dijangka membuka jalan kepada peluang perniagaan rentas sempadan baharu untuk PKS tempatan, sekaligus memudahkan pengembangan perniagaan dan kemampanan jangka panjang.


Mempamerkan Program Kerajaan & Agensi KUSKOP

SME Bank XCESS 2023 akan mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif oleh agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti Program Pembangunan Vendor (VDP), menggariskan komitmen kerajaan terhadap pembangunan PKS dan kemajuan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program hibrid yang akan mengubah makna program padanan perniagaan. Sahkan penyertaan anda hari ini, boleh klik LINK INI.

Pendaftaran SME Bank XCESS 2023 adalah percuma dan terbuka kepada semua!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.