fbpx
bayi madammu air mineral

Suami Madammmu Rela Beli Air Mineral Untuk Mandikan Bayi, Elak Guna Air Paip [Video]

Madammmu menceritakan suaminya tidak membenarkan bayi sulung mereka hasil daripada rawatan IVF dimandikan menggunakan air paip di kampung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa berbeza buat setiap pasangan suami isteri di luar sana dan ia sudah pasti satu pengalaman yang tidak akan dilupakan terutamanya mereka yang pertama menimang anak.

Pengalaman menimang cahaya mata sulung bukan sahaja satu perkara berharga kepada wanita bergelar ibu, malah para suami juga telah ‘naik pangkat’ menjadi seorang ayah.

Sebagai ibu bapa, pastinya kedua-dua pihak mahukan yang terbaik buat anak mereka.

Suami Madammu Tak Bagi Bayi Mandi Guna Air Paip Di Kampung, Sanggup Belikan Botol Air Mineral

Berbicara tentang anak sulung, seorang usahawan wanita yang mesra disapa sebagai Madammmu juga telah bergelar ibu buat pertama kalinya pada 9 Jun lalu selepas melahirkan putera sulung.

Baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok (@madammmu), wanita ini menceritakan kisah yang berlaku ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu.

bayi madammu air mineral (1)
Sumber: Instagram @madammmu

Madammu berkongsi kisah apabila suaminya tidak membenarkan bayi mereka dimandikan dengan air paip.

Oleh disebabkan itu, suaminya sanggup membeli beberapa botol air mineral di kedai berhampiran untuk digunakan bagi memandikan bayi mereka bernama Kayden.

Dalam nada berseloroh, Madammmu mengatakan dia hanya mandi menggunakan air telaga sahaja ketika waktu kecil.

Ini bukan kerja Mummy, ini kerja Papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli. Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga je. Begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak.

Madammmu.

Video menunjukkan pembantu Madammmu menuang campuran air panas dan air mineral di dalam bekas tempat mandi bayi telah mendapat perhatian ramai dan meraih 719,800 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tahu Suami Madammmu Tak Bagi Bayi Mandi Guna Air Paip Di Kampung

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mendapat tahu bahawa suami Madammmu tidak membenarkan anak kecilnya dimandikan menggunakan air paip di kampung.

Sesetengah netizen berpendapat bahawa pasangan ini hanya memberikan yang terbaik memandangkan perjalanan mereka untuk mendapatkan zuriat agak mencabar.

Namun, ada juga yang berkata mereka tetap membesar dengan sihat walaupun hanya menggunakan bekalan air paip sejak kecil.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen dilihat sempat membuat gurauan kononnya mereka memandikan anak mereka menggunakan air minuman seperti sirap dan teh o ais limau.

Bila ada rezeki lebih, tak salah untuk kita berikan yang terbaik untuk anak. Betul tak?

bayi-madammu-air-mineral-2
Sumber: TikTok

Profil Tentang Madammmu

Madammmu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid kini berusia 33 tahun dan berasal dari Terengganu.

Untuk pengetahuan anda, Madammmu merupakan pengasas kepada produk kosmetik iaitu Noir Health & Beauty yang pernah menjadi penaja utama bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 pada tahun 2022.

Sebelum ini, Madammmu pernah menceritakan perjalanannya yang agak mencabar untuk mendapatkan zuriat pertama sehingga perlu menjalani rawatan IVF.

Selepas tujuh tahun, akhirnya Madammmu telah disahkan mengandung pada Oktober lalu dan selamat melahirkan bayi sulung pada Jun tahun ini.

Sumber: TikTok Madammmu | Instagram Madammmu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.