fbpx
Now Reading
Pernah Halau Gangguan Di Rumah Princemeed, Kini Tular Ustaz Shafiq Berbual Dengan Jin Dalam Podcast [Video]

Pernah Halau Gangguan Di Rumah Princemeed, Kini Tular Ustaz Shafiq Berbual Dengan Jin Dalam Podcast [Video]

Apa yang mengejutkan, jin sihir yang dikatakan berada dalam badan Nilam memberitahu bahawa niatnya adalah ingin membunuh wanita itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu podcast seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Ustaz Shafiq Mujahid bersama jin yang berada di badan seorang wanita.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Twitter @ciraplaici, klip rakaman tersebut diambil daripada saluran YouTube CapriceOriginalFilms menerusi segmen ‘The Podcast Show’.

Podcast Azlan Komeng dan isteri terkena sihir pemisah

Dalam video tersebut, Penyanyi rap Caprice selaku hos dalam rancangan tersebut telah menemubual pelakon lelaki, Azlan Komeng bersama isterinya yang dikenali sebagai Nilam mengenai isu sihir pemisah.

Azlan komeng mendakwa sihir pemisah tersebut telah dihantar oleh seorang wanita yang pernah mempunyai hubungan dengannya dahulu.

Isteri Azlan jadi mangsa terkena sihir pemisah, sering meracau seperti dirasuk

Sihir tersebut dikatakan telah mengganggu rumahtangganya selain isterinya juga turut menjadi mangsa apabila sering meracau seperti dirasuk.

Susulan itu, Ustaz Shafiq yang juga pemilik Pusat Rawatan Al-Idrus yang sebelum ini pernah tular membantu YouTuber Princemeed menghalau gangguan di rumah lelaki itu telah dipanggil dalam rancangan podcast terbabit untuk membantu Nilam.

Menurut Shafiq, Nabi Muhammad SAW menerusi satu hadis pernah berkata bahawa jin boleh mengalir di dalam darah manusia.

Ustaz Shafiq berbual dengan jin yang ada di dalam badan isteri Azlan

Menariknya, Ustaz Shafiq juga berbual dengan jin yang berada di dalam badan Nilam semasa dalam podcast berkenaan.

“Nabi SAW bagitahu dalam hadis bahawa jin ni mengalir dalam darah anak Adam. Jadi kita boleh tengok dengan jelas.

“Wahai pendamping, wahai yang menjaga keturunan ini, wahai yang berada di dalam darah hamba Allah yang mendengar bacaan ku ini.

“Kalau kamu jaga dia genggam tanggan kanan dia, saya cuma nak lihat kewujudan tuan (jin penjaga) dalam badan dia.

“Saya tak akan apa-apakan kamu (jin sihir) hari ini, satu syarat sahaja saya nak kamu genggam tangan kiri kalau benar kamu masih ada dalam darah dia,” kata Shafiq.

Tujuan sihir ingin membunuh isteri Azlan

Apa yang mengejutkan, jin sihir yang dikatakan berada dalam badan Nilam memberitahu bahawa niatnya adalah ingin membunuh wanita itu.

Namun jin sihir tersebut tidak menjawab ketika Shafiq bertanya adakah dia berjaya melakukan perkara tersebut kerana dihalang oleh jin penjaga yang turut berada bersama Nilam.

Pun begitu, Shafiq kemudiannya bercakap pula dengan jin penjaga yang berada di dalam badan Nilam.

Jin penjaga itu mengakui niat jin sihir yang berada di dalam badan Nilam adalah untuk mematikan wanita itu namun tidak berjaya kerana kuasa Allah SWT lebih kuat mengatasi segalanya.

“Urusan ini urusan kamu, bukan urusan dia” – Jin penjaga marah Azlan

Lebih menyeramkan apabila jin penjaga tersebut seakan memarahi Azlan semasa diminta menyampaikan sesuatu oleh ustaz Shafiq kepada suami Nilam itu.

“Urusan ini urusan kamu bukan urusan dia, kenapa dia yang perlu tanggung akibatnya,” kata jin penjaga itu.

Video klip Shafiq berbual dengan jin undang perhatian ramai

Perkongsian yang sohor di media sosial itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila netizen dilihat memberi pelbagai reaksi berhubung klip video tersebut.

Kebanyakan pengguna Twitter percaya bahawa video tersebut adalah benar memandangkan mereka sering mengikuti setiap video perubatan yang dilakukan oleh Shafiq di laman Facebook miliknya.

Pun begitu, segelintir netizen pula tidak percaya dan mendakwa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

Sejauh mana kebenaran ini, hanya Allah SWT sahaja yang tahu, Wallahualam..

Video penuh YouTube

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.