
“Penat Dengan Isu Ni” – Lori Rempuh 13 Kereta Di Kuantan, Ramai Mahu Pihak Berkuasa Lebih Tegas [Video]
Ada juga yang turut meminta kerajaan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pemandu dan pemilik lori yang terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bukan kejadian kali pertama!
Ungkapan yang paling tepat oleh rakyat Malaysia ekoran satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh 13 buah kereta di Jalan Beserah, Kuantan pada petang Ahad lalu (10 September).
Ketika itu, kesemua kenderaan ini sedang menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang.
Detik cemas itu sempat dirakam sebelum dikongsikan di beberapa platform media sosial.
Menerusi video tular berkenaan, dapat dilihat sebuah lori gagal menekan brek lalu ‘menyapu’ kesemua 13 kenderaan di hadapannya.
Pemandu dan penumpang 13 kereta berdepan detik cemas selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori ketika berhenti menunggu lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan pada petang Ahad.
— SinarHarian (@SinarOnline) September 11, 2023
Dalam kejadian kira-kira jam 6.48 petang itu, semua… pic.twitter.com/WrnkQDGn2a
Memetik sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6:48 petang itu menyebabkan semua kenderaan mengalamu kerosakan namun kesepemandu berusia 29 sehingga 62 tahun serta penumpang dipercayai selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menjelaskan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca dari lori berkenaan yang hilang kawalan semasa memandu di laluan selekoh menuruni bukit.
Isniden menyebabkan lori itu melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan. Kejadian berlaku di laluan berselekoh menuruni bukit dalam keadaan cuaca hujan dan jalan basah/licin.
“Anggota polis ke tempat kejadian untuk siasatan dan telah merakam percakapan pemandu-pemandu yang terlibat.”
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Laksanakan undang-undang lebih ketat
Memandangkan insiden serupa membabitkan lori bukan perkara baru, ramai yang meminta pihak berkuasa agar lebih tegas demi mengelakkan ianya terus berulang.
Ramai yang menyeru pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk turut memberikan fokus terhadap kenderaan berat seperti lori selain hanya mensasarkan penunggang motosikal.
Ada juga yang juga meminta kerajaan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pemandu dan pemilik lori yang terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian mereka.
Dalam masa sam aada yang mencadangkan pihak berkuasa untuk melarang kenderaan berat dari menggunakan jalan raya ketika waktu puncak.
Disamping roadblock utk motorsikal, pemeriksaan lori2 sebegini juga penting @jpj @anthonyloke Kebanyakkan pemandu lori2 pasir, batu kelaku tak semenggah.
— Mohd Idris Omar (@siodelta) September 12, 2023
Kejadian serupa untuk kali kedua. Sebelum ni kat bypass Kuantan. Lori-lori macam ni yang JPJ patut perhati dan kawal lebih. Seram weh kau tengah relax red light tiba tiba lori datang langgar dari belakang. https://t.co/7oHpAEbBLx
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 11, 2023

