Anak Nangis Lihat Tandatangan Bapa Di Surat Kebenaran Buat Ramai Terhibur [Video]

Umum mengetahui setiap sekolah atau tadika pasti mempunyai acara tahunan yang telah disusun sejak awal tahun lagi.

Antara acara atau program tahunan yang akan diadakan adalah hari sukan, perjumpaan ibu bapa, lawatan sambil belajar serta banyak lagi.

Acara lawatan sambil belajar merupakan salah satu program yang sering dinanti-nantikan oleh pelajar kerana ketika inilah mereka dapat melihat dunia luar bersama rakan sekelas.

Kanak-kanak menangis ingat surat kebenaran diconteng bapa

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak yang menangis kerana menyangkakan dia tidak dapat mengikut rakan sekelasnya ke satu lawatan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @hanaishiteru di TikTok, kelihatan kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak kerana berasa sedih selepas melihat borang kebenaran yang diberikan kepada bapanya telah ‘diconteng’.

Bukan diconteng sebaliknya ia adalah tandatangan bapa

Namun si ibu cuba menjelaskan kepada anak perempuannya itu bahawa borang berkenaan bukan diconteng sebaliknya telah diisi dan ditandatangan oleh bapanya.

Dia kemudian mempamerkan tandatangan bapanya yang besar sehingga melebihi ruang yang disediakan.

“Terkejut anak tengok tandatangan bapa besar terlajak, trauma sekejap.

“Yaya ingatkan daddy conteng borang dia nak pergi jalan dengan kawan-kawan,” kata si ibu.

Jelas Hana, perkara itu telah menjadi kebiasaan suaminya.

@hanaishiteru

Kesian anak mommy ingatkan daddy conteng borang kebenaran taska dia. Itu bukan conteng nak. Memang pesen daddy sign besar2 😅 #funnymoments

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Ramai yang terhibur dengan perkongsian si bapa

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah ada yang mengatakan si kecil itu menangis mungkin kerana takut dimarahi gurunya.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan bapa kanak-kanak itu juga tak nak kalah kerana meninggalkan tandatangan yang besar pada surat kebenaran si kecil.

“Yang bapa pun kecil-kecil sign sudahlah.. macam nak sign kontrak dengan Megah Holdings”

“Bapa dia ingat fanmeeting ke ni”

“Ni bukan setakat anak je trauma, sampai ke cikgu-cikgu sekali ni trauma”

“Bapa pun, ingat perasmian megah holding ke.. ke lama dah terpendam nak sign ala CEO”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago