fbpx

“Maki Hamun Suami, Nerakalah Tempat Seseorang Isteri Itu” – Ustaz Wadi [Video]

Menurut Ustaz Wadi, reda seorang isteri adalah pada suaminya sama seperti reda seorang ibu kepada anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang juga usahawan dan influencer telah memarahi suaminya kerana menjadi penyebab kepada kemalangan kecil kenderaan mewah milik mereka.

Susulan video tersebut yang sohor di media sosial, pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar telah membahas isu terbabit.

Ustaz Wadi beri pesanan tentang reda suami kepada para isteri

Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya, Ustaz Wadi mengucap panjang sekaligus memberi pesanan kepada para isteri tentang reda seorang suami.

“Baru-baru ini, sehari dua ini ada orang tunjuk seorang isteri dia maki hamun suami dia, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Macam mana semua orang boleh tahu? Puluhan ribu orang tahu dia maki hamun, sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia itu,” katanya.

Reda seorang isteri di tangan seorang suami

Menurut Ustaz Wadi, reda seorang isteri adalah pada suaminya sama seperti reda seorang ibu kepada anaknya.

“Reda seorang isteri pada tangan seorang suami, sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu,” katanya lagi.

Jika tak sempat taubat, nerakalah tempat seorang isteri itu

Jelasnya, jika seorang isteri itu tidak sempat bertaubat dan diampunkan oleh Allah SWT maka nerakalah tempatnya di alam sana nanti.

“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillah dengan dosa tersebut.”

Ustaz Wadi Annuar
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.