fbpx
Now Reading
“Ingatkan Ikan” – Pemancing Terkejut Lihat Kapal Selam Muncul Depan Mata Di Pulau Jarak [Video]

“Ingatkan Ikan” – Pemancing Terkejut Lihat Kapal Selam Muncul Depan Mata Di Pulau Jarak [Video]

Menurut individu yang merakam video berkenaan mereka terpaksa memberi laluan kepada kapal selam berkenaan kerana bimbang terkena mata kail.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan beberapa pemancing terkejut apabila melihat kapal selam ketika sedang memancing di Pulau Jarak, Perak.

Menerusi video dikongsikan oleh Insang Merah Fishing Charter By Lebai Mael di Facebook, kelihatan kapal selam berkenaan bergerak secara perlahan menghampiri mereka.

Kali pertama lihat kapal selam di Pulau Jarak

Malah individu di dalam video tersebut mengatakan ia adalah pertama kali dia melihat kapal selam di kawasan tersebut.

“Ini pertama kali ya tengok kapal selam di perairan Pulau Jarak.

“Kita terpaksa beri laluan kepada dia takut terkena mata kail kita. Ini bukan ilusi ini memang realiti punya tengok kapal selam,” ujarnya dalam video berkenaan.

Individu di dalam video itu turut menunjukkan beberapa kapal yang berada berdekatan dengan kapal selam berkenaan.

Dakwa joran milik salah seorang pemancing tersangkut pada kapal selam

Dia turut mendakwa salah satu joran milik pemancing mungkin tersangkut pada kapal selam berkenaan selepas dia sukar untuk menariknya semula naik ke darat.

“Aku rasa dia memang dah kena pancing kawan tu, tengok dia punya tarik tadi. Memang tak boleh naik, tak boleh kawal aku rasa dan memang pasti dia (kapal selam) lalu menyelam dekat bawah.

“Memang dia punya tarik memang padu. Ingat ikan rupanya dia,” ujarnya dalam video tersebut.

Tunjuk rakan berusaha tarik pancing

Pada durasi 3:04 dia turut menunjukkan keadaaan rakan pancingnya yang sedaya upaya cuba menarik jorannya dari dalam laut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat lanjut berhubung kapal selam itu adalah milik Malaysia atau sebaliknya.

Ada minta buat laporan kepada pihak keselamatan laut negara

Melihat di ruangan komen, ada yang meminta agar individu yang merakam video tersebut untuk membuat laporan kepada pihak keselamatan laut Malaysia.

Tidak kurang ada yang berseloroh mengenai kapal selam itu dengan mengatakan ia mungkin mahu singgah untuk minum di kawasan tersebut.

“Malaysia ada kan kapal selam, Pulau Jarak dengan base Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tu dah dekat”

“Pasang pukat dapat bawa balik kapal selam tu bang”

“Lapor pada pihak keselamatan laut Malaysia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.