fbpx
Now Reading
Oyen Seakan Mengadu Tangan Sakit Di Hospital, Jururawat ‘Sporting’ Bantu Balut Luka [Video]

Oyen Seakan Mengadu Tangan Sakit Di Hospital, Jururawat ‘Sporting’ Bantu Balut Luka [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan oyen berjalan keluar bersendirian daripada bilik rawatan itu selepas tangannya yang mengalami luka itu dibalut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Oyen bagi kucing yang berwarna oren di Malaysia sememangnya tidak asing lagi, malah semakin popular sehingga diketahui oleh orang luar negara.

Lebih mencuit hati, ada sahaja video-video di media sosial gelagat nakal si oyen ini yang berjaya dirakam orang awam.

Tular Oyen tangan luka minta bantuan di Hospital Selayang

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di media sosial keadaan seekor Oyen yang sedang mengalami luka di tangan kirinya seakan cuba meminta bantuan di Hospital Selayang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @enoasan2, kelihatan kucing terbabit berjalan dalam keadaan terhenjut-henjut kerana tangannya yang sakit.

Seakan sedang mengadu, oyen terus mengiau seperti meminta bantuan daripada orang awam yang berada di kawasan hospital terbabit.

Jururawat bantu bawa Oyen ke bilik rawatan untuk balut luka

Seorang jururawat yang kebetulan melalui kawasan itu menyedari keadaan Oyen dan segera membawanya ke bilik rawatan untuk membalut luka kucing terbabit.

“Oyen mengadu tangannya cedera luka dan memerlukan bantuan. Kelihatan seorang nurse lalu di situ dan segera menghantar ke bilik rawatan,” tulisnya di dalam video.

Oyen berjalan keluar dari bilik rawatan selepas luka dibalut

Dalam video yang sama, kelihatan oyen berjalan keluar daripada bilik rawatan itu selepas tangannya yang mengalami luka itu dibalut.

@enoasan2

kisah seekor kucing bernama oyen pergi hospital selayang nak wat rawatan tangan nye cedera x tau sebab ape, terbaik nurse2 kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun diaorg bantu juga memberikan rawatan terbaik.. #oyen #kucing #hospitalselayang #oyensakit

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Ramai bersimpati melihat nasib Oyen

Memindai ruangan komen, rata-rata bersimpati melihat nasib Oyen selain berterima kasih kepada jururawat yang sudi membantu kucing berkenaan.

Salah seorang pengguna TikTok juga mendakwa kucing terbabit kini telah diambil dan dipelihara oleh seorang wanita berkeluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.