“Our Legend” – Ramai Teruja Dapat Kenali Salah Seorang Kartunis Anak-Anak Sidek & Usop Sontorian [Video]
Perkongsian video itu secara tidak langsung membuatkan ramai mengimbau zaman kanak-kanak mereka yang gemar menonton serta membaca komik Anak-Anak Sidek dan Usop Santorian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 80-an atau 90-an pasti kartun Usop Santorian dan Anak-Anak Sidek pernah menjadi salah satu rancangan wajib buat anda.
Skrip yang santai serta mudah difahami membuatkan ia sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak pada zaman dahulu.
Malah ada yang sampai tak nak keluar rumah sebab nak tengok Usop Santorian!
Kartunis Usop Santorian dan Anak-Anak Sidek siap lukis pada beg kertas untuk pelanggan yang beli keropok lekor
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pengusaha keropok lekor yang sedang melukis gambar kartun di beberapa beg kertas (paper bag).
Beg kertas berkenaan digunakan untuk mengisi keropok lekor yang dibeli oleh pelanggan.
Menerusi video dimuat naik oleh @nordianabuhassan di TikTok, kelihatan lelaki berkenaan melukis pada satu beg kertas sebelum beralih kepada beg yang kedua.
Turut ucapkan terima kasih menerusi lukisan yang dihasilkan pada beg kertas
Pada lukisan itu turut tertera tulisan ‘TQ’ yang bermaksud terima kasih yang dipercayai diucapkan kepada pelanggan yang membeli keropok lekor yang dijualnya.
MenurutnNordiana, lelaki berkenaan merupakan salah seorang kartunis yang melukis kartun anak-anak sidek dan juga Usop Santorian pada suatu masa dahulu.
“Beli keropok lekor pakej dapat ‘signature’ dari bekas kartunis Anak-Anak Sidek dan Usop Santorian,” tulisnya dalam video berkenaan.
Perkongsian video tarik perhatian ramai, teringat zaman kanak-kanak
Perkongsian itu secara tidak langsung telah menjadi perhatian ramai dan membuatkan mereka teruja kerana teringat pada zaman kanak-kanak dahulu yang meminati dua animasi dan komik cerita tersebut.
Malah ada yang turut menceritakan pengalaman mereka yang sanggup menabung demi membeli komik Anak-Anak Sidek.
Tidak kurang juga ada yang sanggup meminta agar lukisan tersebut diletakkan di dalam beg kuning aplikasi tersebut agar mereka dapat membelinya.
“Terima kasih sebab menceriakan zaman kecil saya dulu dengan carta Anak-Anak Sidek dan Usop Sontorian”
“Nampak simplekan dia lukis, tapi bila aku cuba lukis balik hauk rupa kartun aku”
“Buat petak je jadi muka, kalau aku lukis terus jadi adudu”
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik Nordiana turut menunjukkan beberapa lukisan kartunis itu yang sedang melukis Anak-Anak Sidek dan Usop Santorian menerusi Ipad serta beg kertas jualannya.