fbpx

Aksi Panjat Bumbung Cari Ayam Kanak-kanak Ini Berpunca Dari Pengaruh Kartun [Video]

Menurut ibu kanak-kanak berkenaan, mereka dikejutkan dengan kehilangan Nathan namun dia gagal mengesan anak lelakinya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain barang permainan, kartun merupakan antara salah satu cara yang sering digunakan oleh ibu bapa untuk menghiburkan anak-anak.

Dengan kecanggihan teknologi terkini, ia lebih mudah didapati dan diakses melalui platform penstriman antaranya seperti YouTube dan Netflix berbanding pada masa dahulu yang hanya terhad ditayangkan di Televisyen.

Namun sebagai ibu bapa, anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memantau kartun yang ditonton oleh anak kerana ia boleh memberi pengaruh yang besar kepada mereka.

Anak Panjat Bumbung Gara-Gara Terpengaruh Dengan Lagu di YouTube

Gara-gara terpengaruh dengan kartun yang ditonton, seorang kanak-kanak lelaki sanggup merisikokan diri dengan memanjat bumbung semata-mata mahu mencari seekor ayam.

Kanak-kanak yang dikenali Nathan Aqshel Flynn didakwa memanjat bumbung rumah dengan ketinggian tiga tingkat kerana mahu mencari seekor ayam seperti watak yang ditonton dalam sebuah lagu kanak-kanak kegemarannya.

Memetik Republika, kanak-kanak lelaki itu dipercayai terpengaruh dengan lagu bertajuk ‘Bortolito-Kids Songs & Nursery Rhymes’ yang memaparkan seekor ayam melompat di atas bumbung sebuah rumah yang disiarkan menerusi saluran YouTube The Children’s Kingdom Nursery Rhymes.

Terkejut Dengar Tangisan Anak

Ibu Nathan yang merupakan finalis pertandingan Puteri Indonesia 2018, Firsi Alda Feligia berkata ketika kejadian, mereka dikejutkan dengan kehilangan anak lelakinya itu namun gagal mengesan kanak-kanak tersebut.

Walau bagaimanapun, dia sekeluarga berjaya menemui Nathan apabila mendengar tangisan kanak-kanak lelaki berkenaan. Ketika ditemui, kanak-kanak itu dilihat sedang menangis dan berdiri di atas bumbung rumah.

Malah, Firsi turut menunjukkan ukuran ketinggian bumbung tersebut melalui Instagram miliknya dan hairan bagaimana anak lelakinya itu boleh memanjat pada ketinggian berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Firsi Alda

Nathan kemudian berjaya diselamatkan dan dibawa turun oleh suaminya. Mereka turut bertanyakan kepada Nathan punca sebenar dia memanjat bumbung tersebut.

“Katanya, dia mahu bertemu dengan ayam kerana menurutnya, setiap bumbung rumah pasti ada ayam,” jelas Firsi.

Ekoran insiden ini, Firsi mengingatkan orang ramai agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak yang masih kecil kerana bagi Firsi, imaginasi kanak-kanak adakalanya mengundang bahaya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.