fbpx
Now Reading
Awalnya Rakam Video ‘Healing’ Di Air Terjun Sebelum Sedar Rakan Hampir Lemas [Video]

Awalnya Rakam Video ‘Healing’ Di Air Terjun Sebelum Sedar Rakan Hampir Lemas [Video]

Menurut wanita berkenaan, dia tidak sempat memaklumkan kepada rakannya bahawa air terjun tersebut mempunyai paras air yang dalam di bahagian tengah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melakukan aktiviti riadah seperti mendekati alam semula jadi memberi banyak manfaat kepada seseorang individu.

Selain dapat mengenali lebih banyak mengenai tumbuh-tumbuhan bumi, ia juga merupakan salah satu terapi minda apabila dapat ‘escape’ sebentar dari kesibukan kota.

Yelah apabila masuk ke kawasan alam semula jadi ni kebiasaanya kita akan dengar bunyi haiwan, deruan air serta banyak lagi.

Malah sekarangkan sudah menjadi trend apabila ramai yang rakam video mereka sedang bertenang atau ‘healing’ selepas penat dengan rutin harian.

Awalnya nak rakam video healing

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita ini semasa melakukan aktiviti riadah di sebuah kawasan dipercayai di Air Terjun Lata berembun Jelebu, Negeri Sembilan.

Namun apa yang berlaku di sebalik video ‘healing’ itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zubex_oth di TikTok, pada mula dia merakam dirinya yang sedang menikmati keindahan alam semula jadi di gigi air jeram berkenaan.

Rakan hampir lemas lepas terjun secara tiba-tiba

Namun secara tiba-tiba salah seorang rakannya telah bertindak terjun ke jeram berkenaan sehingga membuatkan dia terkejut.

Sebaik sahaja rakannya itu terjun ke dalam air berkenaan kelihatan dia kemudian berada di bahagian tengah seperti ditolak oleh arus air.

Dia kemudian dilihat terkapai-kapai seperti meminta bantuan kerana hampir lemas.

“Eh kenapa macam nak lemas ni? Cepat-cepat aku capai tangan Ita (rakan), Allahuakbar,” katanya.

Turut kelihatan Zubex sebelum menyedari rakannya ingin lemas dia meminta wanita itu untuk berenang sambil menunjukkan aksi tangannya.

Segera tarik tangan rakan lepas sedar nak lemas

Zubex lalu menarik tangan rakannya itu dan membawa ke gigi air, rakan kemudian memaklumkan air di bahagian tengah itu dalam sambil terbatuk-batuk.

“Alhamdulillah selamat. Tapi lepas tu jadi bahan gelak sekejaplah, aduhai Ita ni. Buat hal lah,” ujarnya.

@mmy_zubex

Aku tak sempat nak cakap tempat tu dalam, ehh dia dah bantai terjun dlu 🤣🤣 Nasib tak jadi hal oii 😬😬 #lataberembun #gunungberembunjelebu #hiking #porttiruk #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – zubex_oth – zubex_oth

Tak sempat beritahu rakan kawasan air terjun dalam

Menurut Zubex ketika kejadian itu berlaku dia tidak sempat memaklumkan kepada rakannya bahawa tempat itu mempunyai paras air yang dalam.

“Aku tak sempat nak cakap tempat tu dalam, eh dia bantai terjun dulu. Nasib tak jadi hal oi,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersyukur kerana rakannya berjaya diselamatkan.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips jika ingin mandi di tempat seperti itu.

“Tips nak mandi tempat-tempat macam ni, kalau air tu warna kehijauan-hijauan tu maknanya tempat tu dalam. Jadi tolong berhati-hati lepas ni”

“Kalau terjun badan dalam posisi duduk, memang kita panik sampai fikir tangan nak capai dasar.. padahal patutnya kaki kita cari dasar, sebab dah biasa tangan nak capai”

“Sebab tu bila pergi air terjun jangan terus terjun.. kalau ada yang pandai berenang baik suruh dia periksa dulu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.