Pelanggan Terkejut Dicaj Tambahan RM1.70 Jika Tak Nak Taugeh Dalam Menu

Siapa sahaja yang tidak suka makan? Sebut sahaja tentang makanan, pasti setiap orang mempunyai makanan kegemarannya sendiri.

Ada yang tidak kisah dengan makanan yang dimakan, namun ada juga yang cerewet dalam membuat pemilihan menu.

Antara makanan yang kurang menjadi pilihan ramai adalah sayur-sayuran. Tidak ramai orang yang menjadikan sayur sebagai menu pilihan terutamanya taugeh!

Malah, ada segelintir yang sanggup mengenepikan taugeh atau meminta peniaga tidak memasukkan sayur itu ke dalam makanan yang dipesan.

Peniaga Kenakan Caj RM1.70 Buat Pelanggan Yang Tidak Mahu Taugeh

Namun, tahukah anda? Sebuah gerai makanan di Singapura mengenakan caj SG$0.50 (RM1.70) buat pelanggan yang memesan makanan tanpa taugeh.

Menurut seorang pengunjung yang dikenali sebagai Steven Wong, dia menyedari tentang caj tambahan berkenaan ketika berkunjung ke gerai makanan yang terletak di Pusat Beli Belah Fajar Bukit Panjang, Singapura.

Menurutnya, dia terkejut melihat senarai harga menu yang dipaparkan pada sebuah papan tanda di hadapan gerai tersebut.

“Tambah makanan laut SG$2.00 (RM6.90), tambah telur SG$1.00 (RM3.45) dan tambah taugeh SG$0.50 (RM1.70),” katanya yang dipetik daripada asiaone.

Senarai harga yang terakhir nyata mengejutkan Wong apabila menyedari pelanggan akan dikenakan bayaran ekstra SG$0.50 (RM1.70) sekiranya meminta taugeh tidak dimasukkan ke dalam menu.

Bagi Wong, dia lebih rela memesan taugeh dan mengasingkannya sendiri jika perlu membuat bayaran tambahan.

Malah, dia menganggap caj ekstra ini sebagai tidak masuk akal dan tak akan berkunjung ke gerai tersebut.

Wong juga turut berpendapat bahawa setiap gerai makanan sepatutnya berasa ‘senang’ dan tidak mengenakan caj tambahan jika terdapat permintaan pelanggan yang tidak mahukan taugeh dimasukkan ke dalam menu.

Individu Lain Turut Rasa Pelanggan Tidak Patut Dikenakan Caj Tambahan

Pada masa yang sama, seorang pesara yang dikenali sebagai Tng berpendapat sepatutnya peniaga berkenaan tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan.

Dia percaya bahawa harga menu yang tidak dimasukkan taugeh perlu dikurangkan atau kekal sama jika pelanggan meminta untuk tidak mahu sayur berkenaan di dalam menu.

Pendapat Tng juga disokong oleh seorang penduduk dari Bukit Panjang, Singapura yang dikenali sebagai Tan.

Dia bersetuju harga menu berkenaan sepatutnya dikekalkan namun dia merasakan peniaga itu mungkin mempunyai alasan tersendiri sehingga terpaksa mengenakan caj tambahan.

“Saya rasa mereka masak dalam kuantiti yang banyak, jadi sekiranya pelanggan tidak mahu (taugeh), mereka terpaksa masak berasingan,” kata Tan.

Difahamkan gerai makanan berkenaan menjual char kuey teow goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram di Pusat Membeli Belah Fajar, Bukit Panjang, Singapura.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago