fbpx
Now Reading
Gara-gara Snek, Budak 11 Tahun Tembak 2 Rakan Sepasukan Bola Di AS

Gara-gara Snek, Budak 11 Tahun Tembak 2 Rakan Sepasukan Bola Di AS

Menurut Polis Apopka, siasatan kes berkenaan masih di peringkat awal dan punca pergaduhan itu belum diketahui lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Apopka, Florida, Amerika Syarikat (AS) telah ditahan polis selepas didakwa menembak dua rakan sepasukannya pada Isnin lalu (2 September) kerana bergaduh disebabkan sebungkus snek.

Menurut laporan Fox 35, Polis Apopka Micheal McKinley berkata, suspek yang masih di bawah umur menghadapi pertuduhan cubaan membunuh tahap kedua.

Ambil pistol dari kotak tak berkunci dalam kereta ibunya

Difahamkan, dia mengambil pistol terbabit daripada kotak yang tidak berkunci dalam kereta jenis SUV ibunya sebelum menembak ke arah rakannya sehingga cedera.

Tembakan yang dilepaskan itu terkena pada bahagian badan seorang mangsa manakala seorang lagi terkena pada lengan, jelas pihak berkuasa tempatan.

Foto: X/meantweeting1

Ujarnya lagi, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan dijangka akan pulih sepenuhnya.

“Sebagai masyarakat, kita perlu merenungkan tentang perkara ini. Kita melihat perkara sebegini kerap berlaku dalam masyarakat kita,” kata McKinley.

Kronologi pihak polis selepas menerima panggilan berhubung kejadian

Mengikut kronologi, pihak polis menerima panggilan kecemasan yang melaporkan mengenai tembakan di Kompleks Pusat Rekreasi Northwest, berhampiran padang bola sepak pada jam 8.20 malam pada 2 September.

Selang empat minit kemudian, pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak sedang terbaring di tempat letak kenderaan, manakala seorang lagi sedang memegang lengangnya.

Pelaku yang turut berada di lokasi sama telah ditahan dan diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan pegawai polis tersebut.

Semasa kejadian, ibu kanak-kanak itu dikatakan sedang duduk ditempat pemandu dan senjata itu disimpan di dalam kotak tidak berkunci di bawah tempat duduknya.

Punca bergaduhan masih dalam siasatan polis

Berkongsi lanjut, McKinley berkata siasatan masih di peringkat awal dan punca pergaduhan itu belum diketahui lagi.

Namun, laporan penahanan kanak-kanak itu mendedahkan pergaduhan berpunca daripada isu snek.

Ketika ini, suspek yang berusia 11 tahun itu telah ditahan di pusat tahanan remaja di negara terbabit.

Siasatan pihak polis juga mendapati pistol yang digunakan oleh budak terbabit itu dimiliki secara sah oleh ibu bapanya, namun mereka berdua boleh menghadapi  tuduhan jenayah kerana meletakkan senjata api di kawasan yang tidak berkunci dan boleh diakses oleh kanak-kanak.

Rakaman CCTV semasa kejadian tular di media sosial

Umum mengetahui, senjata api seperti pistol dan sebagainya tidak boleh dimiliki oleh semua orang kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk.

Hal ini susulan sebelum ini dunia digemparkan dengan insiden tembakan rambang oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di pusat membeli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand pada 3 Oktober lalu.

Tembakan rambang yang dilepaskan sekitar jam 4:50 petang waktu tempatan itu telah meragut tiga nyawa dan empat mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.

Rakaman video ketika kejadian juga telah tular di media sosial yang menyaksikan orang awam lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi beberapa das tembakan.

Suspek yang disyaki mempunyai masalah mental bagaimanapun telah berjaya ditahan pihak polis Thailand di luar kawasan pusat membeli-belah itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.