Setiap orang di Malaysia pasti pernah menghadiri majlis-majlis ceramah motivasi semasa kecil dahulu, bahagian yang paling menyedihkan apabila penceramah menyentuh soal ibu dan bapa.
Kalau dalam majlis tersebut ada ibu dan bapa sekali, pasti kita akan diminta untuk pergi memeluk mereka untuk memohon ampun serta doa.
Namun, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila dia seakan tiada arah tuju di saat para pelajar lain sedang memeluk ibu dan ayah mereka dalam sebuah majlis ceramah motivasi.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @iqmaljamil92, penceramah motivasi terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Iqmal berkata kisah mengenai kanak-kanak itu juga membuatkannya menitiskan air mata.
“Kisah yang sangat-sangat menyedihkan, sehingga penceramah pun menangis. Tolong tengok sampai habis, pasti menangis,” tulisnya di dalam video.
Menurut Ahmad, semasa slot ‘parenting’ ketika majlis ceramahnya, dia meminta para pelajar pergi memeluk dan mendapatkan doa daripada ibu dan ayah.
Bagaimanapun, Ahmad melihat seorang kanak-kanak ini seolah tidak tahu ingin pergi ke mana semasa rakannya yang lain sedang sebok memeluk ibu dan bapa mereka.
Penceramah itu kemudianya meminta pasukannya pergi mendapatkan kanak-kanak itu untuk bertanya.
Apa yang menyedihkan, kanak-kanak itu berkata bahawa ibu dan bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan.
“Saya suruh ‘team’ saya cari budak tu balik. Bila saya tanya, mak ayah dia dah meninggal kemalangan.
“Masa ini memang saya dah tak tahan air mata, air mata jantan saya mengalir juga. Masa ini saya minta wakil ibu bapa untuk peluk dan bagi kata-kata semangat dekat dia,” tulisnya lagi.
Susulan itu, para bapa pelajar yang lain dilihat terus berdiri dan berjalan ke arah kanak-kanak itu lantas memberikannya pelukan.
Jelas Ahmad lagi, kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan berkenaan menitiskan air mata.
Dalam pada itu, Ahmad turut memberi pesanan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar sentiasa menjaga dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi insan berkenaan masih hidup.
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut berasa sebak dan menitiskan air mata melihat video terbabit.
Malah segelintir netizen yang sudah kehilangan ibu dan bapa turut berkongsi pengalaman dan perasaan mereka selepas bergelar yatim piatu.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…