fbpx
Now Reading
“Cukup Ke?”- Respon Kanak-Kanak Lelaki Ketika Ibu Minta Pinjam RM100 Buat Ramai Terhibur [Video]

“Cukup Ke?”- Respon Kanak-Kanak Lelaki Ketika Ibu Minta Pinjam RM100 Buat Ramai Terhibur [Video]

Respon selamba yang diberikan oleh kanak-kanak lelaki itu secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai terhibur dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan ramai yang meluangkan masa harian di dalam media sosial terutama selepas selesai waktu bekerja.

Ini kerana, media sosial tidak hanya disajikan dengan pelbagai isu semasa malah ia juga penuh dengan pelbagai hiburan yang di inginkan oleh pengguna.

Sebagai contoh jika di TikTok, hampir setiap bulan pasti ada sahaja trend baharu yang dilakukan oleh pengguna media sosial tidak kisahlah sama ada ia berbentuk tarian, percakapan, aksi mahupun lagu.

Baru-baru ini turut tular di platform berkenaan satu trend baharu iaitu ‘pinjam seratus’ di mana seseorang perlu meminjam RM100 dari seorang individu.

Isteri minta RM100 ikut trend di TikTok

Perkara sama turut dilakukan oleh sepasang suami isteri sehingga ia menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @matkuntum di TikTok, awalnya kelihatan isteri menitip pesan kepada suaminya yang sedang bersiap untuk menunggang motosikal dengan berhati-hati.

Suami wanita itu kemudian mengucapkan terima kasih sambil membetulkan tali topi keledar sebelum hendak memakainya.

Namun tidak lama selepas itu si isteri bertanya kepada suami adakah boleh jika dia hendak meminjam RM100.

Tak perlu pinjam, suami boleh berikan

Lelaki itu lalu menjawab dia boleh memberikannya dan isteri kesayangannya itu tidak perlu meminjam.

“Buat apa nak pinjam, abang bagi jelah,” katanya sambil mengeluarkan wang dan menghulurkan kepada isterinya.

Respon anak buat bapa tercengang

Sebaik sahaja wang diberikan, secara tiba-tiba muncul anak lelaki mereka yang bertanya adakah wang tersebut cukup dan meminta agar ibunya untuk meminta lagi.

“Cukup ke Umi? Mintalah lagi,” kata kanak-kanak itu.

Kenyataan dikeluarkan si anak secara tidak langsung membuatkan si bapa terpinga-pinga lalu tersenyum mungkin kerana tidak menyangka ayat itu keluar dari mulut kanak-kanak berkenaan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengar respon diberikan oleh kanak-kanak berkenaan.

Malah ada yang menyifatkan kebiasaannya anak lelaki lebih memahami ibu berbanding ayah.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan sejuk perut ibu ketika mengandungkan kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun menerusi permerhatian kami di akaun Mat Kuntum, keluarga ini sememangnya aktif melakukan konten di platform terbabit.

Malah aksi bersahaja mereka sering membuatkan pengikut terhibur.

“Ni antara sebab ayah tegas dengan anak lelaki, kecik-kecik kuat sekongkol dengan mak”

“Syurga tempat mu nak, sejuk perut umi dia”

“Adoi ada pula tukang bakar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.