Konflik di antara Palestin dan Israel masih belum kelihatan petanda ingin reda apabila rejim Zionis pada minggu ini tidak henti melancarkan serangan yang menyebabkan nyawa orang awam yang tidak bersalah terbunuh.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Elektrik & Air” – Rakyat Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin [Video]
Terkini, sebuah hospital di tengah Gaza yang dipenuhi dengan pesakit serta rakyat Palestin yang berlindung dari peperangan telah dibom oleh tentera Israel pada awal pagi tadi (18 Oktober) menyebabkan lebih 500 nyawa terbunuh.
Menurut laporan Al Jazeera hari ini (18 Oktober), pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah yang tertinggi membabitkan serangan askar Zionis dalam masa sehari sejak 2008.
Serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab itu mencetuskan kecaman antarabangsa dengan organisasi media serta laman media sosial dihujani gambar-gambar keadaan di kejadian selepas dibom.
Menerusi beberapa gambar yang sohor di media sosial, kelihatan hospital berkenaan musnah sepenuhnya dengan ratusan mayat bergelimpangan.
“Ini adalah keterlaluan dan sekali lagi ia menunjukkan sikap tidak menghiraukan nyawa orang awam,” kata Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) di laman media sosial.
Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan menjelaskan hospital itu telah memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.
“Hospital itu menempatkan ratusan orang yang sakit dan cedera, dan orang ramai dipindahkan secara paksa dari rumah mereka,” kata kementerian berkenaan.
Rakaman Al Jazeera dari tempat kejadian juga menunjukkan petugas kesihatan dan orang awam menutup kesemua mangsa yang terkorban itu dengan beg atau selimut putih.
“Tiada sesiapa pun yang menyerang hospital di mana-mana negara lain di dunia.
“Adakah mereka akan mengutuk pembunuhan beramai-ramai Israel ini? Adakah mereka akan mengutuk kelakuan Israel ini? Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Merekalah yang memberikan senjata dan wang serta sokongan kepada penyerang Israel ini,” katanya.
Dalam pada itu, Israel menafikan dakwaan serangan tersebut datang dari pihak mereka. Sebaliknya, rejim Zionis itu mendakwa, serangan berpunca dari kesilapan bedilan roket pejuang Hamas, lapor BBC.
Malah bagi menguatkan dakwaan, Kementerian Luar Israel turut memuat naik satu video di Twitter yang kononnya ia adalah bukti insiden berkenaan.
Pun begitu, ramai netizen enggan mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar negara haram itu kerana berpendapat ia hanyalah propaganda selain waktu pada video menunjukkan ia dirakam sejam sebelum insiden.
Sejak minggu ini, beberapa serangan daripada askar Zionis Laknatullah ke arah orang awam seperti di hospital dan sekolah telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban. Jelas bahawa Israel lah pengganas yang sebenar.
Namun media barat dan segelintir selebriti antarabangsa yang seakan membutakan mata dan memekakkan telinga memilih untuk memihak kepada Israel dan menyalahkan Palestin atas apa yang telah berlaku.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: The Rock Dikecam Selepas Gelar Hamas ‘Terrorist’, Siap Tutup Komen Di Posting IG
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…