“Semoga Lampu Selalu Hijau” – Rider Dipuji Bantu Alih Penghadang Di Tengah Jalan Masa Hujan Lebat [Video]

Hujan lebat yang melanda semalam (18 Oktober) telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas adalah seperti di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Cheras, Jalan Peel dan Jalan Sri Permaisuri.

Malah, turut tular di media sosial keadaan jalan yang dinaiki air di MRR2 sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tular rider bantu alih penghadang di tengah jalan semasa hujan lebat

Dalam pada itu, sohor di media sosial satu perkongsian video yang memaparkan seorang rider penghantar makanan mengalihkan penghadang plastik yang berada di tengah jalan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @ninaa.nordin, penghadang itu dipercayai bergerak ke tengah jalan kerana ditiup angin kencang semasa hujan lebat.

Deretan penghadang plastik halang laluan kenderaan

Deretan penghadang plastik yang digunakan dalam kerja pembinaan itu telah menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak.

Susulan itu, penunggang lelaki berkenaan telah berhenti di bahu jalan sebelum turun dan mengalihkan kesemua penghadang berkenaan.

Selepas dia mengalihkan penghadang itu, pergerakkan kenderaan di jalan berkenaan kembali lancar.

Video berdurasi 22 saat itu mendapat lebih 700 ribu jumlah tontonan dan lebih 50 ribu tanda suka sekaligus meraih perhatian ramai.

Netizen puji dan titip doa buat rider berkenaan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mulia lelaki berkenaan kerana membantu mengalihkan kesemua penghadang itu.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen turut mendoakan agar urusan penghantar makanan itu dimudahkan selalu.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago