fbpx
Now Reading
“2 Minggu Tidur Dalam Kereta” – Masalah Keluarga Punca Pasangan Suami Isteri & 5 Anak Dihalau Rumah

“2 Minggu Tidur Dalam Kereta” – Masalah Keluarga Punca Pasangan Suami Isteri & 5 Anak Dihalau Rumah

Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ, keluarga itu kini ditempatkan di rumah transit MAINJ untuk tempoh selama enam bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka masalah keluarga menjadi punca buat sepasang suami isteri bersama lima anak kecil mereka dihalau keluar daripada rumah.

Lebih menyayat hati, pasangan terbabit bersama anak-anak mereka yang berusia dua hingga 14 tahun itu terpaksa tinggal di dalam kereta sejak dua minggu lalu.

MAINJ berjaya selamatkan 7 sekeluarga itu di RNR Skudai

Pun begitu, syukur kerana penderitaan tujuh sekeluarga itu tidak begitu lama apabila mendapat perhatian dan berjaya diselamatkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Skudai pada petang Isnin (23 Oktober).

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ, daerah Johor Bahru, Mohd Mikail Mohd Rais berkata, maklumat mengenai keluarga itu disalurkan masyarakat di laman sosial, facebook MAINJ dengan butiran lengkap.

“Selepas mendapat maklumat, kami terus ke lokasi dan bertemu dengan keluarga ini. Amat kasihan kerana mereka tinggal dan tidur di dalam kereta Proton Iswara.

“Hasil temu bual dengan ketua keluarga berusia 31 tahun, lelaki itu memaklumkan menumpang tinggal di rumah ibu mentua di sekitar Kampung Pasir, Skudai namun dihalau atas masalah keluarga.

“Sebelum dihalau, ketua keluarga ini bekerja sambilan dengan membuat pelbagai pekerjaan. Namun sejak dua minggu lalu, dia sukar bekerja dan meninggalkan anak kecil serta isteri di dalam kereta,” katanya dipetik Harian Metro

7 sekeluarga ditempatkan di rumah transit MAINJ untuk tempoh 6 bulan

Menurut Mohd Mikael, keluarga itu kini ditempatkan di rumah transit MAINJ untuk tempoh selama enam bulan.

“MAINJ turut menyumbangkan barangan dapur sebagai memudahkan keluarga itu. Dalam tempoh dua minggu, saya dimaklumkan empat anak pasangan ini yang berusia lima, lapan, sepuluh dan 14 tahun juga tidak bersekolah.

“Hari ini saya dimaklumkan, ketua keluarga dalam proses mencari pekerjaan, begitu juga isterinya berusia 36 tahun yang menyatakan kesediaan bekerja sekiranya ada pihak yang sudi menjaga anak mereka.

“MAINJ membantu menyediakan rumah transit selama enam bulan dengan kadar sewaan ditanggung MAINJ. Tetapi dalam tempoh itu keluarga perlu berusaha untuk mendapatkan pekerjaan untuk menyara kehidupan sendiri,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.