fbpx
Now Reading
Toyota Outrun Salur RM170,000 Dari Dana Terkumpul Buat Persatuan Kanser Kebangsaan

Toyota Outrun Salur RM170,000 Dari Dana Terkumpul Buat Persatuan Kanser Kebangsaan

Dana terkumpul dari Toyota Outrun ini akan digunakan bagi memperkukuhkan perkhidmatan NCSM, membolehkan inisiatif penting seperti Program Saringan Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Komuniti seperti Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkuatkan komitmennya kepada masa depan lebih baik buat semua golongan dengan menyumbangkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) melalui kempen Start Your Impossible (SYI).

UMWT berkata pihak mereka yakin bahawa sumbangan ini akan membantu NCSM meningkatkan dan menyempurnakan perkhidmatan serta programnya.


Kempen Start Your Impossible (SYI)

Start Your Impossible (SYI) adalah kempen yang diperkenalkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sempena Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

Seiring dengan kempen ini, UMWT telah menganjurkan acara tahunan Toyota Outrun, bertujuan mempromosikan imej dinamik jenama dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat mobiliti yang inovatif.

Hasil kutipan dari acara ini akan disalurkan khusus kepada Badan Bukan Kerajaan seperti NCSM.

“Di UMWT, kami percaya kepada kuasa transformasi yang dicapai melalui kerjasama. Kami bukan hanya syarikat automotif, tetapi juga berusaha untuk memberikan impak yang mendalam dan bermakna dalam kehidupan semua orang serta membentuk masa depan yang lebih cerah.

“Ini sejajar dengan slogan UMWT, iaitu ‘Move Your World,’ yang menggalakkan komitmen kami untuk terus maju ke hadapan,” kata Datuk Ravindran K. selaku Presiden UMW Toyota.


Toyota Outrun Berjaya Raih Dana RM170,000 Tahun 2023!

Pada tahun ini, Toyota Outrun telah berjaya mengumpulkan jumlah dana yang membanggakan iaitu sebanyak RM170,000.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu NCSM, sebuah pertubuhan kanser tanpa keuntungan yang telah lama menjadi pionir dalam penjagaan kanser di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1966, NCSM telah memberikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan, dan sokongan kepada pesakit kanser dan masyarakat.

Dana yang terkumpul dari Toyota Outrun ini akan digunakan bagi memperkukuhkan perkhidmatan NCSM, membolehkan inisiatif penting seperti Program Saringan Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Komuniti seperti Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi untuk terus berjalan.

Selain itu, sumbangan tersebut juga akan digunakan untuk pengangkutan harian pesakit yang tinggal di Rumah Kanak-Kanak dan Warga Emas bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Datuk Ravindran K. menambah, “Kerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia menunjukkan komitmen kami untuk mencipta perubahan positif. Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan, dan sokongan kepada masyarakat serta memastikan mereka mempunyai sistem sokongan yang kukuh dalam melawan penyakit kanser.”


Sinergi

Majlis penyerahan rasmi sumbangan ini telah berlangsung di Pejabat UMWT Shah Alam dan disaksikan oleh wakil pengurusan kanan dari UMWT bersama wakil-wakil kehormatan dari NCSM.

Kerjasama antara UMW Toyota Motor dan NCSM ini mencerminkan sinergi yang kuat antara tanggungjawab sosial dan korporat, serta menunjukkan bagaimana sebuah organisasi boleh bersatu untuk memberi impak besar dan positif kepada masyarakat.

[START YOUR IMPOSSIBLE].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.