fbpx
Now Reading
Gara-Gara Berang Ditegur Bising, Lelaki Di Vietnam Kurung & Bakar Rumah Jiran

Gara-Gara Berang Ditegur Bising, Lelaki Di Vietnam Kurung & Bakar Rumah Jiran

Hasil siasatan mendapati suspek bertengkar dengan jirannya selepas ditegur kerana membuka pintu rumah dengan kuat hingga menyebabkan anak lelaki mangsa yang berusia setahun menangis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila menyebut tentang jiran, ia merujuk kepada orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah seseorang.

Dalam hidup berjiran, setiap individu perlu mengamalkan nilai-nilai murni antaranya seperti saling bantu membantu, memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Namun, tidak semua orang mempunyai hubungan yang baik dengan jiran mereka. Ada yang tidak kenal dan bertegur sapa malah ada yang lebih teruk hubungan yang boleh membawa kepada pergaduhan.

Kurung & Bakar Rumah Jiran Kerana Tidak Puas Hati Ditegur Bising

Hanya kerana ditegur membuat bising, seorang lelaki di Can Tho, Vietnam berang dan tidak puas hingga bertindak mengurung dan membakar kediaman milik jirannya pada Selasa (24 Oktober) yang lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Huynh Tan Duy ditahan dan dituduh atas tuduhan membunuh walaupun tujuh orang ahli keluarga jirannya itu berjaya menyelamatkan diri.

Hasil siasatan mendapati Duy pada mulanya bertengkar dengan jiran yang berusia 39 tahun selepas ditegur kerana membuka pintu rumah dengan kuat hingga menyebabkan anak lelaki mangsa yang berusia setahun menangis.

Tunggu Waktu Tengah Malam Untuk Bakar Rumah Jiran

Duy sanggup menunggu sehingga tengah malam bagi melaksanakan rancangan jahatnya itu. Ketika kejadian, suspek dikatakan membawa bahan seperti tin petrol dan tali besi.

Dia menggunakan tali besi untuk mengikat pintu kediaman jirannya bagi menghalang mereka keluar sebelum menyimbah petrol dan membakar rumah tersebut.

Seorang jiran lain yang dikenali sebagai Nguyen Van Diep menyedari tindakan suspek bertindak menjerit dari luar sebagai tanda isyarat kepada tujuh keluarga berkenaan.

Keluarga berkenaan berjaya menyelamatkan diri melalui pintu belakang walaupun dua orang daripadanya cedera selepas terjun dari tingkat dua kediaman mereka.

Harta Benda Bernilai RM38,790 Musnah

Susulan daripada insiden tersebut, sebanyak 20 orang pegawai polis bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengosongkan kawasan serta 30 orang pegawai dengan lima jentera bomba dipanggil bagi memadamkan kebakaran.

Kejadian itu menyebabkan sebanyak tiga buah motosikal dan harta benda mangsa bernilai VND200 juta (anggaran kira-kira RM38,790.60) musnah akibat kebakaran tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Bengang Selalu Kena Perli Punca Lelaki Letupkan Bom Depan Rumah Jiran Di Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ajak Rakan Serang Jiran Hanya Kerana Ditegur Selepas Guna Panggilan Kasar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.