fbpx

Malaysia Berada Di Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Pada Tahun 2023

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara, Manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara aman dan makmur sememangnya menjadi keutamaan bagi sesebuah negara untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya terjamin.

Di Malaysia pula, masyarakat di negara ini hidup secara harmoni walaupun mempunyai pelbagai bilangan kaum.

Malaysia negara kedua paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura

Menurut Seasia.stats yang memetik laporan The Legatum Prosperity Index, Malaysia berada di tempat ke-2 negara paling aman makmur selepas Singapura di Asia Tenggara pada tahun ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram @seasia.stats, Singapura yang berada di tempat pertama mengumpul mata sebanyak 78.21, manakala Malaysia pula 66.84.

Tidak ketinggalan Indonesia yang berada di bawah Malaysia mengumpul mata sebanyak 60.88 sebagai negara ketiga paling aman makmur di Asia Tenggara.

Malaysia berada di tangga ke 43 negara aman makmur di dunia

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara, Manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.

Menurut indeks global itu, penentuan statistik negara aman makmur ditentutkan melalui 12 indikasi yang dinilai.

12 indikasi penentu negara aman makmur adalah seperti berikut:
  • Keselamatan dan keamanaan
  • Kebebasan peribadi
  • Tadbir urus
  • Modal Sosial
  • Persekitaran pelaburan
  • Syarat-syarat perniagaan
  • Infrastruktur dan akses pasaran
  • Kualiti ekonomi
  • Keadaan hidup
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Alam semula jadi

Persekitaran pelaburan dan syarat-syarat perniagaan di Malaysia catat nilai tinggi

Foto: The Legatum

Persekitaran pelaburan dan syarat-syarat perniagaan di Malaysia antara indikasi yang mencatatkan kedudukan yang tinggi di dunia dengan masing-masing berada di tangga ke 27 dan 29 daripada 167.

Pun begitu, Malaysia dinilai lemah dalam kebebasan peribadi meskipun mencatatkan peningkatan terbesar dalam modal sosial berbanding sepuluh tahun lalu, lapor The Legatum.

Difahamkan, sejak 2011 sehingga tahun ini, Malaysia telah menaiki dua anak tangga dalam indeks negara aman makmur di dunia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.