fbpx

Lelaki Ajak Rakan Serang Jiran Hanya Kerana Ditegur Selepas Guna Panggilan Kasar

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, detik kejadian bermula apabila mangsa telah dipanggil secara kasar oleh jiran ketika berjalan kaki menuju ke rumahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang lelaki menegur jirannya yang berbahasa kasar bertukar menjadi tragedi apabila dia dan dua orang ahli keluarga diserang oleh tetangganya itu dan rakan.

Kejadian yang bermula dengan pertengkaran mulut itu berlaku kira-kira jam 6.00 petang pada 3 September yang lalu di kawasan perumahan yang terletak di Jalan Tepi Sungai Klang, Klang.

Mangsa yang berusia 57 tahun dan dua ahli keluarganya mengalami cedera ringan di bahagian cuping telinga, lengan tangan, pipi dan dada selepas diserang jiran rakannya.

Tegur Kerana Suspek Panggil Guna Bahasa Kasar

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, insiden bermula apabila mangsa telah dipanggil secara kasar oleh jiran ketika berjalan kaki menuju ke rumahnya.

Akibat daripada rasa tidak puas hati, mangsa menegur suspek sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Jiran Panggil Rakan Minta Bantuan

Tambah beliau, jiran mangsa kemudiannya menghubungi rakan bagi mendapatkan bantuan. Pada masa yang sama, ahli keluarga mangsa telahpun berada di hadapan rumah.

“Beberapa lelaki yang kemudiannya sampai di lokasi telah memukul selain membaling batu terhadap mangsa dan ahli keluarganya di halaman rumah mereka.

“Dipercayai semasa kejadian suspek ada menggunakan senjata tajam yang boleh mendatangkan kecederaan,” kata beliau.

Lima Suspek Telah Ditahan

Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan telah berjaya menahan lima orang suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 52 tahun kira-kira jam 10.50 pagi pada 5 September 2023.

Hasil siasatan mendapati tiga orang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan permohonan reman akan dimohon di Mahkamah Majistret Klang pada hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk sekiranya wujud elemen kongsi gelap,” tambah beliau lagi.

Kertas siasatan berhubung kejadian ini telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki senjata semasa rusuhan. Jika didapati bersalah, hukuman penjara sehinga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai Diminta Tidak Sebarkan Video Pergaduhan

Tambah Hoong Fong, pihaknya juga sedang mengesan beberapa video yang berkaitan dengan kejadian itu. Malah, beliau turut memohon kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut di media sosial bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.

“Sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Daerah ini di talian 03-33762222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. 

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Klang Selatan – Kes Merusuh Dengan Senjata.

Posted by Polis Klang Selatan on Tuesday, 5 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Tentera Didenda RM20,000 Kerana Tembak Kucing Jiran Di Melaka

Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Jiran Buang Air Kencing, Tuala Wanita & Sisa Makanan Dari Tingkap Rumah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.