fbpx
Now Reading
Lelaki Dicekup Selepas Kantoi Intai Isteri Jiran Mandi

Lelaki Dicekup Selepas Kantoi Intai Isteri Jiran Mandi

Suspek telah ditahan oleh suami mangsa di belakang sebuah restoran selepas menerima maklumat daripada jiran berhubung perbuatan lelaki berkenaan yang mengintai isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kegiatan mengintai atau menghendap individu sering kali berlaku, malah terdapat juga beberapa kes di mana mereka turut merakam mangsa untuk simpanan sendiri.

Namun kegiatan tidak senonoh mereka ini mula terbongkar apabila mangsa atau individu lain menyedarinya dan adakala perbuatan itu dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki dicekup kerana intai jiran sedang mandi

Terbaharu, seorang lelaki ditahan polis selepas dia tertangkap kerana menghendap isteri jirannya yang sedang mandi di Kampung Jawa, Klang pada 4 Mac lalu.

Pelaku yang berusia 20 tahun itu ditahan oleh suami wanita berkenaan di belakang sebuah kedai makan pada hari sama. Lelaki itu kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Jelas Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong siasatan mendapati suami wanita berkenaan menerima panggilan dari jirannya tentang tindakan lelaki berkenaan yang menghendap bilik air di rumahnya sekitar jam 9.30 malam.

Jiran ternampak suspek menghendap bilik air rumah mangsa

Susulan itu, suami mangsa yang berusia 35 tahun menghubungi isterinya. Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu dia baru selesai mandi di bilik air kediaman mereka.

“Hasil siasatan mendapati jiran (saksi) tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang bersebelahan kediaman mangsa.

“Jiran berkenaan telah melihat suspek sedang berdiri di belakang rumah mangsa dengan cara menghendap tingkap bilik air sebelum suspek melarikan diri apabila dihampiri jiran mangsa,” katanya, dipetik Kosmo.

Menurutnya lagi, jiran kepada pasangan suami isteri itu turut memperincikan ciri-ciri suspek terbabit yang juga menetap di kawasan kejiranan berkenaan.

Berikutan itu, suami mangsa telah bertindak mengesan serta menahan lelaki berkenaan di belakang restoran di kawasan kampung tersebut.

“Suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.