fbpx
Now Reading
Wanita Di India Kena Pukul Hingga Pengsan Selepas Didakwa Kencing Di Kawasan Kejiranan

Wanita Di India Kena Pukul Hingga Pengsan Selepas Didakwa Kencing Di Kawasan Kejiranan

Wanita tersebut yang dipukul di bahagian alat sulit hingga tidak sedarkan diri dilaporkan mempunyai masalah dengan jiran tetangganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui apabila hidup berjiran kita perlulah menghormati, menjaga adab dan kebersihan sesama jiran tetangga.

Ini kerana sikap saling hormat-menghormati di antara jiran itu dapat mengeratkan silaturahim selain turut membuatkan kejiranan dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

Namun sikap segelintir jiran tetangga yang mementingkan diri boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada penduduk sekeliling dan boleh mengundang kepada pergaduhan.

Wanita cedera dipukul jiran gara-gara kencing merata

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di India yang mengalami kecederaan serius kerana dipukul oleh jiran tertangganya selepas didakwa kencing di kawasan kejiranan.

Memetik laporan NDTV, insiden membabitkan wanita berusia 35 tahun itu didedahkan oleh polis pada 17 Disember lalu.

Wanita dipukul di bahagian alat sulit sehingga pengsan

Jelas pegawai yang dikenali sebagai BS Veer Kumar, wanita itu dikatakan membuang air kecil di longkang berhampiran rumah dan mempunyai perselisihan faham lama dengan jiran-jirannya.

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di kawasan balai polis Misi Ram Chandra, Shahjahanpur.

Wanita itu didakwa telah dipukul oleh jiran-jiran di bahagian alat sulitnya dengan menggunakan batang besi sehingga menyebabkan dia pengsan.

Dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut

Kata Kumar, wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut

Menurut pihak polis kes itu kemudian disisat mengikut seksyen yang berkaitan untuk siasatan terperinci dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.