fbpx
Now Reading
MPBG Keluarkan Notis Jika Letak Kenderaan Di Depan Rumah Sendiri Atau Jiran

MPBG Keluarkan Notis Jika Letak Kenderaan Di Depan Rumah Sendiri Atau Jiran

Menurut kenyataan dikeluarkan pihak MPBG, tindakan itu dilakukan selepas menerima banyak aduan membabitkan kenderaan persendirian yang diletakkan di hadapan rumah pemilik atau jiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan apabila tidak mempunyai ruang yang cukup kita pasti akan memakir kenderaan di hadapan rumah.

Perkara ini sering kali berlaku terutama bagi individu yang duduk kawasan taman perumahan seperti rumah teres dan sebagainya.

Bukan hanya itu, terdapat juga segelintir individu yang bertindak memakirkan kenderaan mereka di hadapan rumah jiran sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.

Yelah adakalanya perkara itu telah mengganggu urusan tuan rumah yang ingin keluar atau masuk ke halaman rumah.

Bayangkan jika tuan rumah baru sahaja pulang namun belum sempat masuk ke rumah ada pula kenderaan yang menghalangnya.

MBPG keluarkan notis

Terbaharu, pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan mengeluarkan notis melarang meletakkan kenderaan awam di hadapan (luar pagar) rumah sendiri mahupun jiran.

Perkara itu berkuat kuasa mulai 2 Oktober yang lalu.

Boleh dikenakan tindakan dan dihukum jika sabit kesalahan

Jelas kenyataan dikeluakan Datuk Bandar MBPG, individu yang melakukan perkara itu boleh dikenakan tindakan mengikut:

  • Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.
  • Seksyen 49(1)(g) Akta Jalan Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), sabit kesalahan didenda tidak melebihi RM5,000 dan mengenai sesuatu sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi RM1,000.
  • Undang-Undang kecil 3(n) Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis perbandaran Pasir Gudang) 2011, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
  • Perintah 17(1) dan 17(2) Perintah Lalu Lintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Meletak Kenderaan) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2011, denda tidak melebihi daripada RM100 jika disabitkan kesalahan.

“Tindakan mengkompaun kesalahan serta-merta boleh dikenakan di bawah undang-undang kecil mengkompaun kesalahan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (MBPG) 2010 sebanyak RM500 dan dibawah undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan dengan kadar maksima RM2,000,” ujarnya lagi, lapor BuletinTV3.

Terima banyak aduan mengenai kes sama

Tindakan ini diambil pihak MBPG selepas pihaknya menerima banyak aduan berhubung masalah kejiranan yang membabitkan kenderaan persendirian yang diletakkan di hadapan rumah sama ada di kawasan rumah pemilik atau jiran yang berada di sekitarnya.

Foto: Via BuletinTV3
Foto: Via BuletinTV3

Untuk makluman, sebenarnya tindakan ini bukanlah sesuatu yang baharu dan sebagai pemilik rumah mungkin anda melalui pengalaman yang sama.

Oleh itu, anda juga boleh gunakan akta dan undang-undang tersebut kepada individu yang memakir kenderaan di hadapan rumah.

Selain daripada letak kereta, ada juga kes yang sidai baju dekat ampaian jiran. Alamak harap anda semua tiada yang buat perkara macam tu ya 😖.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.