fbpx
Now Reading
“Misi Membawa Cahaya” – Hasil Jualan Buku Jadi Dana Pasang Panel Solar Di Pedalaman Sabah [Video]

“Misi Membawa Cahaya” – Hasil Jualan Buku Jadi Dana Pasang Panel Solar Di Pedalaman Sabah [Video]

Pada Januari lalu, Pangrok Sulap telah melancarkan 10 edisi karya seni yang bertajuk ‘Cahaya Kehidupan’ bagi pembiayaan generator hidroelektrik mini di Kampung Penulangon, Ranau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, masih banyak kawasan pedalaman di Malaysia yang tidak memiliki kemudahan seperti sumber elektrik, air dan juga pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Susulan itu, beberapa NGO atau syarikat telah berusaha untuk membantu kawasan berkenaan agar mendapat bekalan tenaga asas yang diperlukan untuk kehidupan harian.

Pangrok Sulap pasang panel solar buat penduduk kampung pedalaman di Sabah

Seperti baru-baru ini, sekumpulan karyawan yang dikenali sebagai Pangrok Sulap dan berpusat di Sabah telah memasang beberapa panel solar untuk penduduk di sebuah kampung pedalaman di negeri Bawah Bayu itu.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram @pangrok_sulap, kampung berkenaan dikatakan tidak tersenarai dalam projek mini hidroelektrik kerana lokasinya yang terlalu jauh dari Kampung Penulangon di Ranau.

Dana pemasangan panel solar diperoleh daripada hasil jualan buku

Difahamkan lagi, dana untuk memasang panel solar berkenaan diperolehi hasil darpada jualan buku mereka iaitu ‘Sedekad Seni Merakyat’.

“Misi membawa cahaya ke pedalaman Sabah. Pemasangan solar panel untuk penduduk kampung yang tidak tersenarai dalam projek mini hidroelektrik kerana faktor jauh dari Kampung Penulangon.

“Terima kasih kepada semua yang telah membeli buku ‘Sedekad Seni Merakyat’ Pangrok Sulap. Cahaya adalah kehidupan,” tulisnya.

Pangrok Sulap lancar 10 edisi karya seni bertajuk ‘Cahaya Kehidupan’

Menurut laporan The Star pada Januari lalu, Pangrok Sulap telahpun melancarkan 10 edisi karya seni yang bertajuk ‘Cahaya Kehidupan’.

Semua hasil daripada jualan berkenaan akan digunakan untuk pembiayaan generator hidroelektrik mini yang akan memberi manfaat kepada 27 isi rumah di Kampung Penulangon.

Kebanyakan penduduk di kampung berkenaan sebelum ini hanya bergantung kepada panel solar terhad serta set penjanaan elektrik asas.

Tahniah kami ucapkan kepada Pangrok Sulap kerana sudi membantu penduduk pedalaman di Sabah untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan….

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.