fbpx
Now Reading
Guru Buat Kolam Rangoli Bendera Palestin & Kubah Dome Of The Rock Buat Ramai Terharu [Video]

Guru Buat Kolam Rangoli Bendera Palestin & Kubah Dome Of The Rock Buat Ramai Terharu [Video]

Menerusi video tersebut, selain bendera Palestin guru berkenaan turut membuat kolam bentuk kubah Dome Of The Rock dan juga bendera Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel telah banyak membuka mata dunia mengenai kekejaman dilakukan rejim Zionis yang tidak berhati perut.

Malah mereka turut mengorbankan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa sebagai mangsa.

Perkara ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin apabila ramai di antara mereka kehilangan keluarga, tempat tinggal dan banyak lagi.

Oleh itu, sebagai tanda sokongan kepada saudara di Palestin ramai yang menunjukkan solidariti mereka dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh ada yang memboikot barangan atau produk yang memberi sokongan terhadap Israel, meuar-uarkan kekejaman rejim Zionis di media sosial, memakai bendera atau lambang Palestin serta banyak lagi.

Guru buat kolam sebagai tanda solidariti kepada Palestin

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pendidik ini apabila tampil membuat Kolam Rangoli bercorak bendera Palestin.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Koodugal di TikTok, awalnya kelihatan dia mengambil beras yang berwarna merah dan kemudian membuat bentuk segi tiga.

Sebaik selesai satu warna dan membentuknya dengan rapi dia kemudian meneruskan dengan warna lain seperti putih, hijau, dan juga hitam untuk menghasilkan bendera tersebut.

Siap ada kubah ‘Dome Of The Rock’ dan bendera Malaysia

Apa yang lebih menarik, dia yang juga dikenali sebagai Cikgu Siva turut membuat bentuk kubah ‘Dome Of The Rock’ yang berwarna jingga di atas bendera negara Timur Tengah itu.

Malah ia tidak hanya itu, Cikgu Siva turut membentuk bendera Malaysia sebagai tanda negara ini bersama dengan Palestin.

Turut tinggalkan mesej untuk doakan Palestin

Pada bahagian tengah kolam itu, dia turut meninggalkan mesej ringkas kepada semua iaitu ‘berdoa untuk Palestin’ di dalam Bahasa Inggeris dan tamil.

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Cikgu Siva.

Bukan hanya itu ada yang berterima kasih kepadanya kerana menjadi warga Malaysia yang berhati mulia dan berperikemanusiaan selain turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Terima kasih, saya sangat hormati awak. Semoga tuhan merahmati awak”

“Cantik, terima kasih di atas kebaikan anda dan berperikemanusiaan untuk menyokong Palestin”

“Terima kasih menyokong Cikgu Siva. Ini adalah Malaysia sebenar”

“Kita rakyat Malaysia semua okay. Berbilang bangsa. Cuma politik yang merosakkan kita semua”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.