fbpx
Now Reading
Nak Beli Kereta Terpakai? Ini Cara Lakukan Pemeriksaan Untuk Elak Ditipu [Video]

Nak Beli Kereta Terpakai? Ini Cara Lakukan Pemeriksaan Untuk Elak Ditipu [Video]

TikTokers yang dikenali sebagai Pak Wee itu mengajar cara untuk memeriksa kenderaan ‘second hand’ bagi mengetahui sama ada ia pernah mengalami kemalangan atau terlibat banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@pakwee_oe/video/7296736824700062977?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222916125221733890

Di zaman ekonomi kian mencabar ini, pasti ada segelintir individu yang terpaksa membeli kenderaan terpakai untuk kegunaan harian memandangkan harganya lebih murah berbanding kereta baru.

Pun begitu, ada sesetengah kenderaan terpakai yang dijual tidak berada dalam kondisi baik seperti pernah mengalami kemalangan atau berada dalam banjir yang menyebabkan pemilik baru terpaksa menanggung kos pembaikan.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk memeriksa terlebih dahulu kondisi kereta terpakai yang ingin dibeli sebelum membelinya agar tidak perlu menanggung kos yang banyak di kemudian hari.

Berikut merupakan antara tips untuk memeriksa keadaan kereta terpakai menurut seorang TikTokers (@PakWee@DTinz_Batu Gajah) atau lebih mesra disapa Pak Wee.

Periksa kereta di bahagian depan

Menurut Pak Wee, cara memeriksa kenderaan terbabit pernah mengalami kemalangan ataupun tidak adalah dengan membuka bonet hadapan dan ‘check’ getah yang ada di bahagian tepi sama ada masih keras ataupun sudah lembut.

Sekiranya sudah lembut dan senang dibuka, ia bermakna kereta terbabit pernah mengalami kemalangan.

Selain itu, dia juga menyarankan para pembeli untuk memeriksa terlebih dahulu cat di ‘engine bay’. Sekiranya berwarna matte, ia bermakna kenderaan tersebut tidak pernah mengalami kemalangan.

Kemudian periksa pula rangka kereta di bahagian enjin, sekiranya ada tanda seperti rekahan atau berkarat, berkemungkinan kereta tersebut pernah mengalami kemalangan.

Periksa kereta di bahagian pintu

Pertama sekali periksa gam yang ada di bahagian tepi pintu kenderaan, sekiranya gam terbabit keras dan tidak mudah ditanggalkan ia bermakna kereta tesebut tidak pernah kemalangan.

Kemudian buka pula getah pintu yang berwarna hitam di bahagian pintu, sekiranya terdapat tanda bulat yang kelihatan jelas serta masih mempunya tiga lapisan besi, itu bermakna kenderaan berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, kecanggihan teknologi pada masa kini menyebabkan rangka pintu terbabit boleh ditukar secara penuh tanpa perlu melalui proses ketuk dan sebagainya.

Bagi kes sebegitu, Pak Wee menyarankan agar bakal pembeli mengetuk rangka pintu di bahagian tengah, sekiranya dengar seperti bunyi besi ia bermakna kereta terbabit tidak pernah mengalami kemalangan.

Periksa kereta di bahagian belakang

Buka dan periksa gam yang berada di tepi bonet belakang, jika gam tersebut keras dan susah ditanggalkan, ia bermaksud kereta terbabit tidak pernah mengalami kemalangan.

Selain itu cara lain untuk mengetahui adalah dengan memeriksa rangka yang berada di bahagian berdekatan lampu belakang, sekiranya tanda bulat dan garisan yang ada tidak jelas seperti pernah disimen, maka ia pernah kemalangan.

Akhir sekali, periksa pula di bahagian tempat simpanan tayar gantian, sekiranya gam yang ada dibawah senang ditanggalkan, ia bermakna gam terbabit pernah ditukar kerana mengalami kemalangan.

Selain itu, check juga bahagian tepi dalam tempat simpanan tayar gantian, sekiranya cat tidak sekata, itu bermakna kereta tersebut juga pernah eksiden.

@pakwee_oe Part 2-Beli kereta 2nd! Paling takut ape kome? Dulu awok paling takut dh bayar baru tau kete tu perna accident😫 #pakwee #malaysia #dtinzautodetailing #untukkomerajer #tips #tipsandtricks #tipskereta #fypmalaysia #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #kereta #Makwee #kh_pakwee #mohcarimakan #pakweecarimakan #tiktok #2ndhandcar #kereta2ndhand #kereta2ndhandmurah #2ndhandcars #2ndhandcarsforsale #2ndhandcardealer ♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah

Cara periksa kereta yang pernah terkena banjir

Dalam pada itu, Pak Wee turut mengajar cara memeriksa kenderaan sama ada pernah terkena banjir atau tidak.

Pertama sekali, selak karpet yang ada di bahagian bawah kaki, sekiranya ada kesan lumpur pada lantai kereta dan wayar, ia bermakna kenderaan terbabit pernah terkena banjir kerana kesan lumpur susah untuk dihilangkan.

Cara yang lain pula adalah dengan menarik tali pinggang sepenuhnya, sekiranya warna tali pinggang terbabit mempunyai dua warna ton berbeza, ia bermaksud kereta berkenaan pernah ditenggalami banjir.

Selain itu, periksa juga setiap wayar di bahagian bawah ‘dashboard’, sekiranya wayar terbabit berada dalam keadaan bersih maka kereta tersebut selamat dan tidak pernah ditimpa bencana itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.