fbpx

Pegawai Imigresen Bantu Kemaskan Rambut Budak Perempuan Sebelum Bergambar Buat Ramai Sebak [Video]

Kelihatan kanak-kanak terbabit yang dipercayai ingin membuat pasport turut ditemani seorang lelaki berkerusi roda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi, kanak-kanak di Malaysia telah diajar untuk saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kaum.

Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat di negara ini begitu mudah dalam menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.

Perkara ini turut diakui bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan pelancong dari luar negara.

Tular video pegawai imigresen rapikan rambut kanak-kanak perempuan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pegawai Imigresen membantu mengemaskan rambut seorang kanak-kanak perempuan sebelum mengambil gambar.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yanaardh, kelihatan pegawai berkenaan meletakkan ‘hair pin’ sebelum merapikan rambut kanak-kanak itu agar kelihatan kemas.

Kanak-kanak terbabit dipercayai datang untuk membuat pasport

Kelihatan kanak-kanak terbabit yang dipercayai ingin membuat pasport turut ditemani seorang lelaki berkerusi roda.

“Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan pegawai itu,” tulisnya di kapsyen.

@yanaardh

#fyp #ayah Yallah semoga dipermudahkan urusan pegawai tu☺️

♬ Ayah – Seventeen

Ramai sebak dan puji tindakan mulia pegawai terbabit

Video tersebut yang sohor di media sosial telah meraih perhatian netizen, di mana rata-rata sebak dan memuji tindakan mulia pegawai terbabit.

Selain itu, beberapa netizen turut mendakwa mengenali pegawai terbabit yang bernama Razif dan perkhidmat di Pejabat Imigresen cawangan UTC Pasir Gudang, Johor.

Ramai dakwa pegawai terbabit sememangnya seorang yang baik dan mesra

Malah, mereka yang pernah berurusan dengan pegawai itu juga memaklumkan bahawa dia memang seorang yang baik dan mesra.

Senyum dan sebak pula tengok video tu, dapat rasa seperti kasih sayang seorang ayah kepada anaknya..

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.