fbpx
Now Reading
Tular Makcik ‘Speaking Berabuk’ Ketika Ditemu Ramah Raih Pujian Ramai [Video]

Tular Makcik ‘Speaking Berabuk’ Ketika Ditemu Ramah Raih Pujian Ramai [Video]

Wanita yang dikenali sebagai Rosni itu kelihatan tidak kekok dan gagap semasa berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris bersama lelaki warga Rusia terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai asas dan mampu bercakap serta membaca di dalam bahasa Inggeris, hal ini kerana sejak di bangku sekolah rendah lagi penekanan terhadap subjek ‘English’ telah diberikan.

Maka bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya rata-rata masyarakat di negara ini mampu berkomunikasi dengan orang luar menggunakan bahasa berkenaan.

Pun begitu, pandangan berbeza pula diberikan oleh segelintir rakyat Malaysia terhadap individu yang berumur dalam lingkungan 50an ke atas apabila dilihat kurang mahir berbahasa inggeris kerana era mereka lebih mengutamakan bahasa Melayu memandang statusnya sebagai bahasa kebangsaan.

Tular video wanita berusia berbahasa Inggeris saat ditemu ramah lelaki warga Rusia

Namun, lain pula dengan seorang wanita berusia ini apabila tular videonya di media sosial yang berbahasa Inggeris saat ditemu bual seorang lelaki warga Rusia yang dikenali sebagai Alexey.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @alexey.brock, wanita yang dikenali sebagai Rosni itu menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang dirinya yang kini menetap di Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Menurut Rosni, dia datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1985 selepas tamat belajar untuk bekerja di sebuah kilang elektronik.

Makcik Rosni cerita sudah berkahwin sejak berumur 25 tahun, miliki 3 anak lelaki

Ceritanya lagi, Rosni yang juga ibu kepada tiga orang anak itu berkata dia menamatkan zaman bujangnya seawal umur 25 tahun.

Jelas Rosni, dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik selain mendakwa di sini lebih mudah untuk mencari duit.

Rosni yang juga pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kondominium di Damansara, Selangor itu kini menjalankan perniagaan menjual lontong.

@alexey.brock

🇲🇾💪This is Makcik Rosni. A hardworking lady from Ipoh. #Malaysia #Malay #Story #Storytime #Makcik

♬ original sound – Alexey.brock – Alexey.brock

Apa yang mencuri perhatian ramai, Rosni kelihatan tidak kekok atau gagap semasa berbahasa Inggeris bersama Alexey.

Netizen puji makcik Rosni pandai ‘speaking’

Susulan itu, rata-rata netizen di ruangan komen memberi pujian terhadap wanita berkenaan kerana mampu ‘speaking’ dengan agak lancar.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga berseloroh dengan mengatakan wanita tersebut berbahasa Inggeris lebih baik berbanding diri mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.