fbpx

Wajah Dipenuhi Abu, Tular Video Pendaki Gunung Merapi Di Sumatera Barat Minta Pertolongan

Dalam bencana itu, pasukan penyelamat Indonesia menemukan 11 mayat pendaki yang berada di gunung berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (3 Disember), sebuah gunung berapi di barat Indonesia dilaporkan meletus dan memuntahkan abu 3,000 meter ke langit sehingga menghujani sekitar kawasan kampung berhampiran.

Dalam bencana itu, pasukan penyelamat Indonesia menemukan 11 mayat pendaki yang berada di gunung berkenaan.

Tiga mangsa letusan gunung berapi ditemui dalam keadaan selamat

Jelas jurucakap pasukan penyelamat itu lagi yang dipetik Harian Metro, tiga pendaki ditemui selamat dalam kejadian letusan Gunung Merapai di Sumatera Barat setinggi 2,891 meter itu.

Menurutnya, sebelum ini gunung terbabit dikategorikan pada tahap berjaga-jaga, tahap ketiga tertinggi dalam sistem amaran empat tahap di Indonesia.

Susulan itu, pihak berkuasa mengenakan zon pengecualian di sekitar kawasan kawah gunung berapi berkenaan.

Salah seorang mangsa tragedi itu yang sebelum ini berusaha menuruni gunung terbabit adalah pelajar berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Zhafirah Zahrim Febrina.

Ibunya, Rani Radelani sempat berkongsi video anak perempuannya yang dilihat dikelilingi abu dan merayu bantuan.

“Dia (hantar) WhatsApp. Dia berkata dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Dia mendaki sejak Jumaat,” kata ibunya kepada AFP.

Tular video keadaan pendaki selepas kejadian letusan gunung berapi berlaku

Tidak hanya itu, turut tular di media sosial beberapa video lain mangsa tragedi letusan gunung berapi terbabit selepas kejadian berlaku.

Menerusi perkongsian beberapa video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @REP0RT_ID, kelihatan wajah mangsa dipenuhi dengan abu.

Mereka turut kelihatan tidak bermaya selain baju dan jaket yang sedang dipakai turut diselaputi dengan lumpur abu gunung berapi itu.

“Ibu tolong bu, begini keadaan ku sekarang,” kata seorang pendaki wanita.

Malah, ada wajah wanita yang terdapat kesan luka sambil merakam keadaan dirinya dan sekeliling pada waktu itu.

Pasukan penyelamat lakukan pemindahan pendaki dari gunung

Dalam pada itu, ketua agensi pemuliharaan sumber asli Sumatera Barat, Dian Indriati, dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat sedang melakukan pemindahan pendaki dari gunung tersebut.

Pada masa itu, beliau dilaporkan berkata, 70 pendaki mendaftar masuk sejak Sabtu melalui sistem tempahan dalam talian.

Bagaimanapun, agensi bencana tempatan kemudian memaklumkan seramai 47 pekalan kaki berada di gunung itu, dengan 28 masih perlu dipindahkan.

Sesetengah pendaki juga mungkin tidak memaklumkan pihak berkuasa mengenai kedatangan mereka apabila memasuki atau meninggalkan kawasan berkenaan, jadi bilangan sebenar pendaki masih belum diketahui.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.