fbpx
Now Reading
Admin Media Sosial Netanyahu Siar Temubual Kononya Ada Rakyat Malaysia Sokong Israel [Video]

Admin Media Sosial Netanyahu Siar Temubual Kononya Ada Rakyat Malaysia Sokong Israel [Video]

Victor yang ditemu bual dalam masa sama turut mencadangkan agar Israel membuka kedutaannya di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam heboh memperkatakan mengenai penularan satu video temu bual secara online membabitkan pegawai khas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu iaitu Hananya Naftali.

Apa yang mencuri tumpuan adalah individu yang ditemu bualnya iaitu seorang lelaki bernama Victor yang mendakwa berasal dari Malaysia dan topik wawancara itu sendiri iaitu mengenai hubungan Malaysia-Israel.

Menurut Naftali yang juga seorang influencer, Malaysia dan juga Israel boleh mempunyai hubungan diplomatik sekiranya ‘sikap rakidalisme (radicalism) terhadap orang Israel’ boleh dibuang dari rakyat negara ini.

Ianya dipercayai berkaitan dengan dakwaan Victor bahawa pemikiran masyarakat di negara ini telah dirosakkan oleh orang-orang Arab sehingga membenci negara haram itu.

Dalam temu bual itu, Victor yang sedang duduk di dalam sebuah bilik sambil berlatar belakangkan bendera Israel bersama Jalur Gemilang mendakwa keganasan Arab radikal begitu kuat dan aktif di Malaysia sejak lebih 75 tahun yang lalu.

Dalam video tersebut kelihatan bendera Israel dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut mendakwa kedua-dua parti politik di Palestin iaitu Hamas serta Fatah sangat aktif dalam menyebarkan kebencian di Malaysia.

Dakwanya banyak info salah yang bertebaran di media sosial dan dijadikan satu propaganda untuk membenci kerajaan negara haram itu.

“Kita harus berhenti mempercayai orang yang menyamar, berita palsu dan (sebarang) maklumat salah yang dikeluarkan olehnya mengenai orang Yahudi.”

“Terdapat beberapa organisasi Arab yang menyamar menjadi orang Yahudi dan mereka menipu dan berbohong dalam internet untuk menimbulkan tanggapan negatif terhadap Israel,” katanya.

Cadang Malaysia ikut negara UAE dan Bahrain iktiraf Israel

Dia dalam masa sama turut mencadangkan agar Malaysia mengambil langkah sama seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain dengan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Lebih menjengkelkan hati orang ramai apabila dia turut memberi cadangan agar Israel membuka kedutaannya di Malaysia – satu perkara yang tidak akan berlaku melainkan kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik.

Video lama yang sudah dirakam lebih dua tahun lalu

Namun carian kami mendapati video ini sebenarnya bukanlah satu temu bual baru, sebaliknya ia sudah pun dimuat naik di akaun YouTube Naftali hampir dua tahun yang lalu atau lebih tepat pada 17 Disember 2021.

Malah video asal itu telah ditonton lebih 36,628 kali.

Ianya jelas tertera pada maklumat video di laman penstriman video itu.

Sebagai rekod, Naftali sebelum ini pernah tular selepas dia memuat naik ciapan yang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah mengebom Hospital al-Ahli al-Arabi kerana menjadi tempat anggota Hamas bersembunyi.

Namun dia kemudiannya memadam ciapan tersebut dan membuat permohonan maaf. Di dalam kenyataan tersebut dia menyalahkan agensi berita antarabangsa Reuters yang menurutnya telah membuat ‘laporan palsu’.

Video penuh di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.