fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Selfish’ Dikecam, Selamba Buka Kasut & Letak Beg Di Tempat Duduk Dalam LRT Ketika Ramai Orang

Lelaki ‘Selfish’ Dikecam, Selamba Buka Kasut & Letak Beg Di Tempat Duduk Dalam LRT Ketika Ramai Orang

Menerusi ciapan tersebut juga, seorang pengguna LRT dikatakan telah menegur lelaki berkenaan namun respon yang diterima amat menjengkelkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu di dunia ini pasti pernah diajar mengenai ‘common sense’ atau peka dengan keadaan sekeliling terutama ketika menjalani kehidupan bersama orang lain.

Ini kerana dalam kehidupan, ia bukan tentang diri kita semata-mata namun setiap perbuatan yang dilakukan harus mengambil kira mengenai orang di sekeliling.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu yang bersikap mementingkan diri dan tidak memikirkan orang lain khususnya ketika menjalani kehidupan seharian.

Lelaki Selamba Letak Beg Di tempat Duduk Walaupun LRT Dipenuhi Orang Ramai

Menerusi sebuah hantaran di akaun Twitter (X) @annoyedmsian, kelihatan seorang lelaki dengan selambanya meletakkan beg galas di atas kerusi bersebelahan tempat duduknya di dalam sebuah Transit Aliran Ringan (LRT).

Apa yang menyakitkan hati adalah sikap lelaki berkenaan yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan pengguna lain yang berdiri pada ketika itu.

Buat Tidak Tahu Apabila Diminta Alihkan Beg

Menerusi ciapan tersebut juga, seorang pengguna LRT dikatakan telah menegur lelaki berkenaan namun respon yang diterima amat menjengkelkan.

Ketika diminta untuk mengalihkan beg galas miliknya itu, dia hanya membuat muka dan tidak peduli dengan permintaan tersebut.

Malah, menerusi gambar yang dikongsikan, lelaki berkenaan dengan selamba membuka kasut miliknya dalam LRT serta bermain telefon bimbitnya walaupun pada ketika itu ramai orang di dalam pengangkutan awam itu.

“Berhati-hati dengan lelaki tidak bertimbang rasa ini di dalam LRT. Seorang pengguna memintanya mengalihkan begnya dari tempat duduk dan dia terus membuat muka,” ciap pemilik akaun berkenaan.

Foto: Tangkap Layar Twitter (X)

Pengguna Lain Dakwa Pernah Berdepan Individu Sama

Menerusi ciapan balas, seorang pengguna lain mendakwa dia juga pernah berdepan dengan individu tersebut dan masalah yang sama.

Dakwa pengguna berkenaan, lelaki itu sememangnya sering berkelakuan sedemikian setiap kali menaiki LRT sehinggalah turun di Stesen Setiawangsa.

Warganet Luah Rasa Geram

Ciapan tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka geram dan mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dilihat mementingkan diri.

Ada juga segelintir warganet yang ‘menyeru’ RapidKL agar mengambil tindakan terhadap pengguna berkenaan.

Namun, ada juga yang mahu berjumpa dengan lelaki berkenaan bagi niat menegur dan mengajar sikap pentingkan dirinya itu.

Berikut antara komen warganet:

Dia Ingat Train Tu Bapak Dia Punya Agaknya

Siap Buka Kasut, Ingat Rumah Dia Ke?

Lain Kali, Kalau Tak Nak Kongsi, Guna Grab Atau Pandu Kereta Sendiri

Campak Jelah Beg Dia Dekat Luar, Nak Takut Apa

Silaplah, Kalau Aku Dekat Situ, Memang Aku Campak Je Beg Dia

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.