“Orang Nak Duduk Kot” – Wanita Dikecam Gara-gara Letak Beg Atas Kerusi LRT Tanpa Hiraukan Pengguna Lain [Video]
Berdasarkan video tersebut, kelihatan wanita terbabit hanya duduk bersilang kaki sambil bermain telefon bimbitnya tanpa mengendahkan keadaan di sekelilingnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat, sudah menjadi kemestian untuk sentiasa saling menghormati, bantu membantu dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang tidak melakukan amalan murni tersebut sehingga mendatangkan perasaan tidak senang kepada orang lain.
Wanita bersikap pentingkan diri dalam LRT?
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sikap seorang wanita yang didakwa mementingkan diri di dalam sebuah gerabak light rail transit (LRT).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @yoesmadjanew, lelaki tersebut berkongsi keadaan di dalam LRT yang dipenuhi dengan penumpang.
Wanita didakwa sengaja letak bag atas kerusi, halang orang lain dari duduk
Namun, apa yang mencuri perhatian pemilik video adalah seorang wanita yang didakwa dengan sengaja meletakkan beg miliknya di sebelah kerusinya sehingga menyebabkan para penumpang yang sedang berdiri tidak boleh duduk.
“Common sense lah sikit orang nak duduk terus kau letak paper bag dekat sebelah lepastu orang dah pandang kau buat tak tahu,” tulis lelaki itu dalam video.
Dalam video sama, kelihatan wanita terbabit hanya duduk bersilang kaki sambil bermain telefon bimbitnya tanpa melihat keadaan di sekeliling.
Ramai kecam tindakan wanita terbabit
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita berkenaan selain ada yang melahirkan rasa kasihat melihat penumpang warga emas yang terpaksa berdiri.
Pada masa sama, tak kurang juga yang memberi komen menghiburkan seperti mahu membuang angin ke arah wanita itu dan memintanya duduk di lantai agar bagnya boleh ‘duduk’ di kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, boleh jadi kemungkinan wanita tersebut memang tidak menyedari keadaan di sekeliling dan terlepas pandang mengenai bag miliknya yang berada di kerusi kerana leka bermain telefon.
Apa-apa pun, kami ingin menasihati orang ramai terutamanya yang menaiki pengangkutan awam agar sentiasa bertimbang rasa serta mengutamakan warga emas, ibu mengandung, dan orang kurang upaya (OKU) untuk duduk terlebih dahulu.
Ayuh! sama-sama kita lestarikan budaya di Malaysia.
Berikut adalah komen yang diberikan: