fbpx
Now Reading
Usaha Tak Khianati Hasil, Budak Lelaki Dinobat Juara ‘Pushbike’ Selepas Berhempas-pulas Berlatih [Video]

Usaha Tak Khianati Hasil, Budak Lelaki Dinobat Juara ‘Pushbike’ Selepas Berhempas-pulas Berlatih [Video]

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Aryan menyertai pertandingan Tornado Pushbike Challenge 2023 bagi peserta berumur 4 tahun di Dataran Dato’ Jalok, Benut, Johor pada 16 Disember lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usaha tidak akan mengkhianati hasil, begitulah ungkapan yang sering didengari buat mereka yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan kejayaan.

Ini kerana, kejayaan tidak hadir dengan mudah melainkan dengan usaha, pengorbanan serta latihan yang secukupnya diakhiri dengan tawakal.

Kanak-kanak menang pertandingan ‘pushbike’ selepas berusaha keras semasa latihan

Seperti seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aryan, dia telah memberikan 100% usahanya semasa latihan untuk memenangi pertandingan perlumbaan ‘pushbike’ yang disertainya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lensamatawan, kelihatan bapa Aryan menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih peribadinya.

Hampir menitiskan air mata semasa latihan, namun tak kenal erti putus asa

Aryan yang menyertai pertandingan tersebut di Pontian, Johor kelihatan berlatih bersungguh-sungguh, malah hampir menitiskan air matanya semasa latihan di rumah.

Bagaimanapun, semangat Aryan semasa latihan dan sokongan padu yang diberikan oleh bapanya tidak sia-sia apabila ia membuahkan hasil dengan kanak-kanak itu dinobatkan sebagai juara.

Peserta cilik lain turut beri saingan yang hebat

Berdasarkan video tersebut, kelihatan para peserta cilik yang lain turut memberi saingan yang tidak kurang hebatnya kepada Aryan semasa perlumbaan berlangsung.

Difahamkan, Aryan dan kanak-kanak yang lain itu menyertai pertandingan Tornado Pushbike Challenge 2023 bagi peserta berumur 4 tahun di Dataran Dato’ Jalok, Benut, Johor pada 16 Disember lalu.

@lensamatawan

Ingat Aryan, Kita bukan TALENTED, Jadi kita kena HARDWORK ! . USAHA tidak pernah mengkhianati HASIL. . REZEKI memihak kepada awak kali ini Aryan. . Buat PERTAMA kalinya, awak menjejakkan kaki di podium selaku CHAMPION EXPERT 4YO🏆| TORNADO PUSHBIKE CHALLANGE 2023 | JOHOR . Babah tak harap pun podium, cuma Babah nak tengok progress & improvement awak sahaja Aryan. . Tahniah buat diri awak, Wan Aryan 🌹. . Heat Round – 1st Quarter – 1st Semi Final – 1st Final Expert – 1st🏆🏆🏆 . . Banyak lagi yang perlu kita perbaiki & pelajari. Semoga momentum awak terus kekal kehadapan. . Terima Kasih @PushbikeProN9 atas fasiliti sewaan Bike Roller. 🌹 . #Pushbike #PushbikeMalaysia #PushbikeProN9 #RunBike #Bike8 #Rockfish #BahagiaCaraKita #rezeki_allah #kenanganhariesok #syukurselalu

♬ Epic Inspiration – DM Production

“Rezeki memihak kepada awak kali ini Aryan. Buat pertama kali awak menjejakkan kaki di podium selaku juara.

“Babah tak harap pun podium, cuma Babah nak tengok ‘progress’ dan ‘improvement’ awak sahaja Aryan,” tulisnya di kapsyen.

Netizen terharu dengan semangat Aryan dan bapanya

Memindai diruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat semangat Aryan semasa latihan yang tidak mengenali erti putus asa.

Tidak hanya itu, mereka turut memberi pujian kepada bapanya kerana melatih dan memberi sokongan padu kepada anaknya.

Kebanyakan netizen juga mengucapkan tahniah kepada Aryan kerana meraih kemenangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.