fbpx

Imam Di AS Meninggal Dunia Selepas Ditembak Di Luar Masjid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang imam di Amerika Syarikat disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan selepas ditembak di luar sebuah masjid.

Hassan Shari yang merupakan imam di Masjid Muhammad, Newark, New Jersey sebelum ini dilaporkan ditembak beberapa kali ketika berada di dalam kenderaannya yang diletakkan di luar masjid pada Rabu (3 Januari) sekitar jam 6 pagi.

Pendakwa Raya, Ted Stephens dalam satu sidang media berkata, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti suspek atau punca serangan.

Selain itu pihak berkuasa memaklumkan tiada petunjuk atau bukti bahawa insiden adalah satu jenayah bermotif berat sebelah atau sentimen anti-Islam.

Menurut Pengarah Keselamatan Awam Newark Fritz Fragé, Allahyarham yang merupakan imam di kawasan berkenaan selama lima tahun sangat dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha untuk menjaga keselamatan di bandar itu.

“Kami merasai kesakitan anda dan kami berjanji untuk menggunakan sumber penuh di sini untuk memastikan jenayah kejam ini diselesaikan,” katanya.

Gabenor New Jersey, Phil Murphy turut menzahirkan rasa kehilangannya di atas pemergian Hassan Shari.

“Doa saya bersama Imam Hassan Sharif,” kata Gabenor Phil Murphy dalam satu kenyataan rasmi.

“Pada ketika ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku atau motif di sebalik kejadian ini, tetapi saya tahu penguatkuasaan undang-undang akan memberikan maklumat terkini mengikut kesesuaian.

“Ketika masyarakat Islam bimbang dengan peningkatan insiden berat sebelah dan jenayah, saya mahu memberi jaminan kepada masyarakat Islam dan semua agama bahawa kita akan melakukan segala-galanya untuk memastikan semua penduduk selamat, terutama di dalam atau berhampiran kita atau rumah ibadat.”

Selain menjadi imam, Hassan Shari difahamkan berkhidmat sebagai pegawai keselamatan pengangkutan (TSO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006.

Meskipun motif penembakan itu masih tidak jelas, ianya terjadi berlaku di tengah-tengah peningkatan laporan ancaman, keganasan dan ucapan kebencian terhadap orang Islam dan Yahudi Amerika ekoran tercetusnya perang Palestin-Hamas sejak Oktober lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.