Warga Asing Didakwa Jadikan Taman Permainan Seperti Rumah [Video]
Menerusi video tersebut warga asing berkenaan tidak hanya membuat dapur di kawasan tersebut sebaliknya turut menjadikan bangku di taman permainan sebagai tempat menyidai baju mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hampir setiap kawasan perumahan yang baharu mahupun lama pasti dilengkapi dengan kemudahan seperti taman permainan buat kanak-kanak.
Selain digunakan oleh kanak-kanak ia turut menjadi tumpuan warga emas untuk beriadah seperti mengadakan senaman dan sebagainya.
Warga asing jadikan pondok permainan seperti rumah setinggan
Namun berbeza dengan sebuah taman permainan di Lembah Klang apabila pondok di kawasan itu didakwa dijadikan seperti ‘rumah setinggan’ oleh warga asing.
Dipercayai perkara itu berlaku di sebuah taman perumahan di Bandar Mahkota Cheras, Selangor.
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa individu dipercayai warga asing mengangkat tilam dan berteduh di pondok berkenaan.
Turut letak tilam di tengah padang permainan
Malah di waktu malam, mereka turut meletakkan tilam di tengah-tengah kawasan padang taman permainan. Dalam video berkenaan turut dilihat perakam bersama penduduk membuat serbuan di pondok tersebut.
Menurut perakam kawasan tersebut telah dijadikan seperti rumah dan dalam keadaan yang kotor selain turut mempunyai dapur.
Perakam turut menyifatkan keadaan itu seperti di kem pelarian.
“Kita bukan tak ada perikemanusiaan, tapi korang tengoklah sendiri, ni tempat permainan ni, tempat nak riadah tapi dah jadi pula macam rumah mereka,” kata perakam itu.
Turut kelihatan botol pecah yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak
Apa yang lebih bahaya, apabila terdapat botol pecah di kawasan tersebut yang pastinya membahayakan keselamatan kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang berada di sana.
Dalam video sama, kedengaran beberapa individu dipercayai penduduk meminta kumpulan berkenaan keluar dari kawasan tersebut pada keesokan harinya. Mereka juga mengarahkan tempat itu dibersihkan sebelum beredar.
Menurut warga asing tersebut mereka adalah warga Myanmmar dan mereka turut memohon maaf sewaktu diserbu. Di akhir video perakam turut menunjukkan individu berkenaan juga menyidai pakaian mereka pada bangku yang disediakan di taman permainan itu.
Warga asing buat taman permainan tempat tidur.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 3, 2024
BAHAYA kalau ada budak main dekat taman permainan ni macam macam boleh terjadi .
Lokasi Bandar mahkota Cheras.
Sumber media sosial pic.twitter.com/013QsInT4q
Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta agar penduduk di taman tersebut untuk membuat laporan.
Tidak kurang juga ada yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.