fbpx
Now Reading
Ada Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Bebird’ Kawan? UAI Jelaskan Hukumnya [Video]

Ada Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Bebird’ Kawan? UAI Jelaskan Hukumnya [Video]

Menurut UAI, sesuatu perkara boleh menjadi haram hukumnya sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agama Islam membenarkan umatnya melakukan sesuatu perkara selagi tidak mempunyai nas dan dalil yang mengharamkan perbuatan tersebut.

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan asal bagi setiap perkara di dalam Islam adalah boleh terlebih dahulu.

Hukum menjadi haram sekiranya ada nas dan dalil yang melarangnya

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @sewakedaimydin, beliau bagaimanapun berkata hukumnya menjadi haram sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

“Asal bagi semua perkara ialah boleh dahulu, tak bolehnya kemudian. Jadi dalam Islam, boleh makan angin, boleh bersukan, boleh berhibur, boleh menari, semuanya boleh, melainkan telah datang dalil yang menunjukkan tak boleh.

“Jadi maknanya benda yang boleh itu ada ‘perenggan’ di belakangnya. Makan boleh, minum boleh, berlebih-lebihan itu yang tak boleh,” katanya.

Hukum bergurau dibolehkan, namun jadi haram sekiranya mengaibkan

Perkara ini termasuklah dengan perbuatan berseloroh dan bersenda gurau.

Menurutnya, hukum bergurau di dalam Islam juga dibolehkan, namun ia menjadi haram sekiranya mengundang aib seseorang.

Jelas UAI, memegang kemaluan orang lain meskipun dengan niat bergurau adalah sesuatu perkara yang mengaibkan maka hukumnya adalah haram.

UAI menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam satu majlis ceramahnya selepas diajukan soalan mengenai hukum lelaki bergurau memegang kemaluan kawan.

Hukum ‘prank’ diharuskan sekiranya tidak mengundang aib seseorang

Berkongsi lanjut, UAI juga memaklumkan bahawa hukum melakukan ‘prank’ adalah diharuskan namun sekiranya ia mengundang aib seseorang maka ianya adalah haram.

“Boleh prank, tapi bila yang tak boleh? Bila nampak aib orang, haram. Nampak aurat orang, haram, mengotorkan baju orang, haram,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.