fbpx

Pelawak Hamdan Senario Meninggal Dunia

Hamdan sebelum ini ditidurkan di HSA kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak senior, Hamdan Ramli dari kumpulan Senario dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor sekitar jam 12.50 tengah hari tadi (5 Januari).

Berita pemergian Hamdan atau nama penuhnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli disahkan rakannya, Azli yang juga ahli kumpulan Senario.

Menurut Azli, jenazah arwah Hamdan dijangka dibawa pulang ke Ipoh, Perak pada petang ini.

“Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah.

“Saya sudah menguruskan van jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh.”

Jenazah mungkin tiba jam 8 malam

Tambah Azli lagi, mereka menjangkakan jenazah akan tiba sekitar jam 8 malam namun waktu urusan pengembumian belum dapat dipastikan.

“Itu perlu tanya keluarga arwah dahulu,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Hamdan sebelum ini ditidurkan di HSA kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Kehadiran beliau dan ahli Senario di selatan tanah air adalah untuk menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion pada Ahad lalu bersempena ulang tahun ke-27 Senario.

Namun Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan demam dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.