fbpx
Now Reading
Kereta Sentap Bila Dipandu? Jangan Tukar Gearbox Dulu, Ini Mungkin Masalah Yang Dihadapi [Video]

Kereta Sentap Bila Dipandu? Jangan Tukar Gearbox Dulu, Ini Mungkin Masalah Yang Dihadapi [Video]

Selepas mekanik tersebut melakukan pemeriksaan terhadap kereta pelanggannya yang mengalami masalah sedemikian, ternyata perkara itu berlaku disebabkan kerosakkan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekiranya kereta yang dimiliki mengalami sebarang kerosakan, ia pasti memeningkan kepala pemiliknya kerana harus melaburkan wang untuk memperbaikinya di pusat servis kenderaan.

Lebih merisaukan apabila kerosakan yang dialami itu melibatkan kos pembaikan yang tinggi seperti  ‘gearbox’ dan ‘overhaul’.

Apatah lagi jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan asas tentang kenderaan, silap haribulan boleh kena ‘scam’ dengan mekanik kereta.

Pomen jelaskan kereta sentap bukan kerana masalah gearbox sahaja

Susulan itu, seorang mekanik kereta ini menerangkan bahawa sekiranya kenderaan mempunyai masalah sentap atau ‘jerking’ ketika dipandu ia bukanlah disebabkan kerosakan ‘gearbox’ semata-mata.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @oneheartsdnbhd, lelaki terbabit berkata sebaliknya bawa berjumpa mekanik dahulu untuk periksa komponen-komponen yang lain.

“Jangan tukar gearbox dulu kalau gearbox sentap, mari sini saya nak sembang dengan korang. Simptom-simptomnya bila masuk gear D (Drive) kereta menyentap. Korang tenang, jangan tukar gearbox terus,” katanya.

Menurutnya, selepas dia melakukan pemeriksaan terhadap kereta pelanggannya yang mengalami masalah sedemikian, ternyata perkara itu berlaku disebabkan kerosakan lain dan bukannya gearbox.

Kereta sentap bila dipandu, rupanya masalah TCU bukan gearbox

Jelasnya, masalah kenderaan itu menjadi sentap apabila dipandu adalah disebabkan kerosakan ‘transmission control unit’ (TCU) yang merupakan salah satu jenis ECU Automotif yang mengawal transmisi auto elektronik.

“Tukar gearbox bukan murah, RM1,000 lebih atau RM2,000 lebih tak lari, belum lagi ‘overhaul’, lagi pening kepala. Nasib baik pengalaman kami pernah jadi macam ni, rupa-rupanya TCU yang bermasalah” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, mekanik terbabit menasihati orang ramai agar tidak mudah tertipu dan terpedaya, selain perlu mengetahui sedikit ilmu pengetahuan asas tentang kenderaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.