Ramai Terhibur Lihat Ibu Bapa Nak Prank Anak Titik Ubat Dalam Mata, Rupanya Terletak Stevia [Video]

Umum mengetahui anak kecil yang sedang membesar dalam lingkungan satu hingga 8 tahun mempunyai pelbagai ragam.

Yelah pada usia ini mereka sudah mula sibuk untuk meneroka dunia. Oleh itu, pelbagai perkara yang mereka mula belajar seperti cara mengekspresikan perasaan yang dirasai contohnya takut, gembira, marah dan sebagainya.

Namun terdapat segelintir ibu bapa yang suka untuk mengusik si kecil kerana ingin melihat gelagat mereka sehingga kadangkala membuatkan si manja menangis.

Pasangan suami isteri kononnya nak prank anak sekali prank diri sendiri

Baru-baru ini, tular satu video di laman X (Twitter) memaparkan sepasang suami isteri yang ingin membuat prank kepada anaknya yang dipercayai berusia sekitar satu atau dua tahun.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan ibu kepada kanak-kanak berkenaan sedang terbaring di atas lantai kerana suaminya ingin meletakkan ubat cecair ke dalam matanya.

Kanak-kanak nangis mungkin bimbang jika ibu berasa sakit

Sebelum suami ingin melakukan perkara tersebut, si ibu sengaja mengatakan ia sudah tiba masa untuk menitik cecair tersebut ke dalam mata agar didengari oleh kanak-kanak berkenaan.

Sebaik mendengar kata-kata ibunya itu, si kecil itu kemudian menjerit seperti tidak mahu ibunya melakukan perkara tersebut.

Namun ia masih diteruskan apabila si bapa meletakkan cecair pada mata sebelah kanan si ibu sebaik melihat perkara itu, kanak-kanak berkenaan segera datang ke arah kedua ibu bapanya sambil menangis.

Rupanya bukan letak ubat mata sebaliknya stevia

Selepas menitikkan cecair tersebut ke dalam kedua-dua mata, sang suami tiba-tiba menjerit dan memanggil nama isterinya.

“Yang! You (awak) salah bagi stevia,” ujarnya sambil ketawa dan menunjukkan botol cecair berkenaan.

Perkara itu membuatkan sang isteri terkejut dan bangun dengan segera untuk mencuci matanya. Dalam masa sama kelihatan si kecil seperti keliru dengan apa yang berlaku.

Suaminya sambil ketawa kemudian bertanya di manakah ubat mata sebenar disimpan selain turut meminta wanita itu mencuci matanya terlebih dahulu.

Selepas mencuci matanya, wanita itu menyifatkan ia masih berasa manis.

“Yang, mata saya manis lagi,” katanya sebelum kembali untuk mencuci mata tersebut.

Tak perasan isteri bagi stevia bukan ubat mata

Jelas suaminya dia tidak perasan cecair yang diberikan itu bukan ubat mata sebaliknya stevia.

Mereka kemudian ketawa bersama-sama apabila memikirkan cecair tersebut telah diletakkan sebanyak dua titik ke dalam matanya.

Wanita itu kemudian segera mencari ubat mata yang diletakkan di dalam almari dan meminta agar stevia tersebut diletak jauh dari kawasan tersebut. Ini kerana dia tidak mahu hal sama berulang kembali.

Si kecil yang keliru itu terus menangis sebelum dipujuk oleh bapanya.

“Padan muka mommy daddy nak prank awak (kanak-kanak) tapi mommy yang kena prank,” ujar bapa kanak-kanak itu.

Melihat di ruangan balas, ramai yang terhibur dengan perkara itu malah ada yang mengatakan mereka bernasib baik kerana bukan minyak angin yang diletakkan dalam mata.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah tersalah letak ubat ke dalam mata.

“Nasib bukan minyak angin mat”

“Ni baru betul dari mata turun ke hati! Bersemut mata tengok”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

8 mins ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

16 mins ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

36 mins ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

3 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

3 hours ago