Pelanggan Terkejut Harga Ayam Goreng Kunyit Di Langkawi Cecah RM20 Sepinggan

Pada awal tahun ini, kecoh di media sosial mengenai salah sebuah kedai makan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor mengenakan harga yang tidak berpatutan kepada pelanggan.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pelancong tempatan yang nyata kecewa dengan harga makanan ketika dia dan suaminya menikmati hidangan di kedai makan itu.

Menurut wanita berkenaan, harga siakap yang dicaj lebih mahal berbanding yang pernah dimakan olehnya di restoran dalam KLCC dan Pavilion. Malah, dia juga turut meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan.

Namun, pendedahannya itu nyata menarik perhatian ramai sehinggakan Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak melakukan serbuan ke atas kedai makan terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Kenakan Caj Yang Mahal, KPDN Serbu Kedai Makan Tular Di Pulau Pangkor

Pelanggan Di Langkawi Pula Dicaj Dengan Harga Tidak Masuk Akal

Baru sahaja reda dengan kisah itu, media sosial sekali lagi dikejutkan dengan insiden serupa namun kali ini di Pulau Langkawi mengenai harga makanan yang tidak masuk akal dikenakan kepada pengguna.

Menerusi hantaran seorang wanita dalam kumpulan Facebook Langkawi Sana Sini, pengguna yang dikenali sebagai Hada Jais mendedahkan dia dicaj RM24 oleh salah seorang peniaga kedai makan di Pantai Cenang.

Apa yang tidak memuaskan hatinya adalah menu yang dipesan hanyalah sekadar nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.

“Patutlah orang luar kata Langkawi mahal, hampa (anda) rasa berbaloi ke kena harga macam ni? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit b*d*h macam tu saja sorang makan RM20, ais kosong RM1, naya kena RM24.

“Tu gambar kedai aku dah snap (tangkap) tengoklah dekat mana area (kawasan) Pantai Cenang,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Foto: Facebook

Hantaran Hanya Sekadar Luah Rasa Tidak Puas Hati

Tambah wanita berkenaan, tujuannya memuat naik hantaran tersebut kerana rasa tidak puas hati dengan harga yang dikenakan oleh kedai makan tersebut.

“Jangan hampa (anda) terkena sudah. Jangan kecam, nak kecam pon ikut suka hampa lah aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia,” tulisnya lagi.

Hantaran Dapat Perhatian Ramai

Hantaran itu nyata menarik perhatian warganet di platform berkenaan. Rata-rata menyokong kenyataan wanita itu dan merasakan harga yang dikenakan adalah tidak berpatutan.

Ada juga segelintir yang berpendapat agar dia membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan undang-undang dapat dikenakan terhadap peniaga terbabit.

Walau bagaimanapun, menerusi balasan di bahagian komen, wanita itu mendakwa telah pun membuat laporan melalui e-mel kepada pihak berkuasa.

Namun, ada juga warganet yang mendakwa peniaga berkenaan terpaksa mengenakan caj yang tinggi kerana sewa yang mahal di kawasan tersebut.

Berikut antara komen warganet:

“Walaupun Orang Kata Tapak Tu Mahal, Bagi Aku Tetap Tak Berbaloi Kalau Ayam Kunyit Macam Tu Sahaja RM20”

“Makan Dekat Kawasan Pantai Cenang Memang La, Ibarat Duduk KL, Makan Dekat Genting”

“Gila, Baik Makan Chicken Chop, Grilled Steak”

“Kalau Nasi Okay Lagi La Harga Tu, Tapi Kalau Ayam Kunyit Macam Tu, Alahai..”

Baca Artikel Berkaitan: Kemerosotan Pelancong Jejas Status Pulau Langkawi Sebagai Pusat Percutian Popular

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bebas Cukai Tapi Barang Mahal?’ – Pulau Langkawi Makin Sunyi, Pelancong Makin Berkurangan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

9 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

9 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

11 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

12 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

13 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

14 hours ago