fbpx
Now Reading
Didakwa Kenakan Caj Yang Mahal, KPDN Serbu Kedai Makan Tular Di Pulau Pangkor

Didakwa Kenakan Caj Yang Mahal, KPDN Serbu Kedai Makan Tular Di Pulau Pangkor

Kedai makan yang tular itu turut diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPBM) dan juga Notis Bertulis (NB) di bawah Seskyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang wanita yang meluahkan rasa kecewanya kerana dikenakan caj yang mahal sewaktu makan di sebuah kedai makan yang terletak di Pulau Pangkor.

Malah wanita berkenaan berpendapat jumlah yang dikenakan adalah tidak berpatutan kerana dicaj sebanyak RM75 bagi hidangkan ikan bakar yang seberat 600-700 gram.

Video yang sohor di media sosial itu kemudiannya menarik perhatian ramai yang juga tidak bersetuju apabila terdapat peniaga yang mengenakan caj yang mahal kepada pelanggan.

Baca artikel berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

KPDN Perak serbu kedai makan di Pulau Pangkor yang didakwa kenakan caj mahal

Susulan daripada penularan video itu, pihak Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Perak telah menjalankan serbuan di kedai makan terbabit yang terletak di Pantai Teluk Nipah.

Jelas Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail serbuan tersebut dilakukan pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebaik mengesan hantaran yang tular di media sosial pada 5 Januari lalu.

“Hasil maklumat Ops Samar yang dilakukan mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

“Premis terbabit hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan hari ini (7 Januari).

“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Tak letak maklumat perniagaan seperti alamat dan nama kedai

Peniaga turut disyaki telah melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana gagal meletakkan maklumat nama serta alamat perniagaan dan juga tarikh pembelian di dalam resit yang diberikan kepada pelanggan.

“Premis ini juga turut diberikan Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 dan peniaga perlu mengemukakan maklumat barangan kepada pihak KPDN Perak dalam tempoh lima hari waktu bekerja.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, jika didapati adanya kesalahan mencatut dalam menjual mahupun membekalkan barangan serta perkhidmatan mengikut Seksyen 14(1) AKHAP 2011, peniaga boleh dikenakan penalti sebanyak RM500,000.

Pihak KPDN Perak turut memuat naik video serbuan yang dilakukan itu di Facebook.

Kelihatan anggota bertugas menyamar sebagai pengguna sebelum menyerbu premis terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.