fbpx

Ada Yang Cecah RM150! Ibu Bapa Mengeluh, Pihak Sekolah Ikut Trend Buat Majlis Perpisahan Di Hotel

Kebanyakan ibu bapa berharap agar budaya mengadakan majlis perpisahan di hotel dihentikan segera agar tidak membebani mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umpama sudah menjadi satu tradisi di Malaysia yang mana setiap sekolah pastinya mengadakan jamuan makan seperti ketika sambutan hari raya atau majlis perpisahan.

Jika dahulu, kebanyakan jamuan makan hanya diadakan di sekolah dan tidak menelan kos berbelanja yang besar ini termasuklah jamuan majlis perpisahan.

Bagaimanapun kini, ada sesetengah guru didakwa memilih untuk mengadakan jamuan makan buat para muridnya di hotel sekaligus membebankan ibu bapa dari aspek kewangan terutamanya golongan B40.

Individu luah rasa tak puas hati, ibu bapa perlu bayar mahal untuk jamuan perpisahan murid

Menerusi laporan Mstar, seorang individu telah meluahkan ketidakpuasan hatinya di aplikasi TikTok kerana perlu membayar mahal untuk jamuan perpisahan murid darjah enam di sebuah sekolah.

Menurutnya, keputusan pihak sekolah yang mengenakan bayaran RM50 bagi setiap murid adalah tinggi dan tidak masuk akal.

“Jamuan perpisahan darjah enam, relevan ke kutip RM50 seorang untuk buat di hotel? Tak peka langsung pihak sekolah dengan anak-anak golongan susah.

“Apa masalah kalau buat di sekolah sahaja, ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun macam tak ada fungi. Tak wajib (sertai) tapi kesian.

“Kesian dengan anak-anak yang mak ayah tak mampu nak adakan RM50 itu. Sepatutnya PIBG yang bersuara, kesian anak-anak yang mak ayahnya susah,” katanya.

Rasa simpati dengan nasib ibu bapa yang kurang berkemampuan

Jelas individu itu, dia masih mampu untuk membayar nilai tersebut, cuma berasa simpati dengan nasib ibu bapa lain yang kurang berkemampuan.

Menurutnya lagi, dia juga memberi cadangan agar jamuan makan untuk majlis perpisahan itu diadakan di sekolah sahaja bagi menjimatkan kos.

“Saya mampu bayar, cuma memikirkan anak-anak yang nak sertai tapi mak ayah tak mampu sediakan nilai itu. Kita kesian dengan anak-anak golongan susah, dengan keadaan sekarang ini. Buat dekat sekolah lebih afdal.

“Boleh sahaja buat di sekolah, gotong-royong dengan mak ayah untuk sediakan juadah. Lagi menjimatkan bajet dengan zaman sekarang ini semuanya melambung naik,” katanya lagi.

Ramai ibu bapa luah alami nasib sama, perlu bayar mahal untuk jamuan makan anak

Hantaran individu terbabit di TikTok ternyata meraih perhatian ramai ibu bapa, di mana mereka turut meluahkan berdepan nasib yang sama.

Seorang pengguna TikTok mendakwa bahawa majlis graduasi darjah enam anaknya yang dibuat di sebuah hotel perlu dibayar sebanyak RM150.

Beberapa individu yang lain turut meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran RM100 bagi setiap pelajar untuk majlis perpisahan.

Tidak hanya itu, mereka juga menyelar pihak sekolah yang dianggap ‘cekik darah’ dan berharap budaya itu dihentikan segera agar tidak menyusahkan ibu bapa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.