Umum mengetahui, harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah lebih tinggi berbanding penerbangan domestik yang lain.
Selain daripada faktor kedudukan yang jauh dan terpisah dengan Laut China Selatan, antara sebab lain adalah kerana pesawat perlu melalui ruang udara ‘antarabangsa’ yang dikawal oleh Singapura atau dikenali sebagai Singapore FIR (Flight Information Region).
Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan ramai orang memandangkan negara Malaysia adalah lebih besar berbanding Singapura namun tidak mendapat hak untuk mengawal ruang udara terbabit.
Susulan itu, seorang influencer dan guru tusyen yang dikenali sebagai Sir Syahmi memberi penjelasan mengenai Singapore FIR.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@sirsyahmi92), Sir Syahmi menjelaskan bahawa Singapore FIR bukanlah ruang udara milik Singapura, sebaliknya merujuk kepada kawalan ruang udara kapal terbang awam.
“Mana-mana kapal terbang daripada Semenanjung nak pergi ke Sabah dan Sarawak kena lalu Singapore FIR, dan tentulah kapal terbang itu akan dikawal oleh Singapura,” katanya.
Menurutnya, sejarah FIR mula diperkenal oleh International Civil Aviation Authority Authority (ICAO) pada tahun 1946.
Katanya, semasa tahun tersebut, ICAO telah membahagikan setiap kawasan untuk dikawal oleh sesebuah negara dan antara sebab mengapa Singapura diberi kuasa untuk mengawal ruang udara lebih besar berbanding Malaysia adalah kerana kecanggihan teknologinya pada ketika itu.
“Yang menjadikan kenapa Singapura dapat besar punya kawasan (kawalan udara) sebab waktu tahun 1946 International Airport atau penerbangan international di Singapura sangat ‘advance’, diorang punya alatan sangat canggih.”
Sir Syahmi
Jelas Sir Syahmi lagi, kawalan ruang udara tersebut sebenarnya boleh diberikan kepada Malaysia melalui proses rundingan.
“Mana tahu mungkin kerajaan (sekarang) nak bantu dan nak selesaikan isu ini, bolehlah tiket penerbangan jadi murah nak pergi Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…
Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…
Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…
Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.