fbpx
Now Reading
Tiket Flight Ke Sabah & Sarawak Mahal Sebab Singapura Kawal Ruang Udara? Ini Penjelasan Tentang FIR [Video]

Tiket Flight Ke Sabah & Sarawak Mahal Sebab Singapura Kawal Ruang Udara? Ini Penjelasan Tentang FIR [Video]

Influencer dan guru tusyen, Sir Syami menjelaskan bahawa Sejarah FIR mula diperkenal oleh International Civil Aviation Authority (ICAO) pada tahun 1946.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah lebih tinggi berbanding penerbangan domestik yang lain.

Selain daripada faktor kedudukan yang jauh dan terpisah dengan Laut China Selatan, antara sebab lain adalah kerana pesawat perlu melalui ruang udara ‘antarabangsa’ yang dikawal oleh Singapura atau dikenali sebagai Singapore FIR (Flight Information Region).

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan ramai orang memandangkan negara Malaysia adalah lebih besar berbanding Singapura namun tidak mendapat hak untuk mengawal ruang udara terbabit.

Susulan itu, seorang influencer dan guru tusyen yang dikenali sebagai Sir Syahmi memberi penjelasan mengenai Singapore FIR.

Singapore FIR bukan ruang udara milik Singapura, sebaliknya hanya dikawal

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@sirsyahmi92), Sir Syahmi menjelaskan bahawa Singapore FIR bukanlah ruang udara milik Singapura, sebaliknya merujuk kepada kawalan ruang udara kapal terbang awam.

“Mana-mana kapal terbang daripada Semenanjung nak pergi ke Sabah dan Sarawak kena lalu Singapore FIR, dan tentulah kapal terbang itu akan dikawal oleh Singapura,” katanya.

Sejarah FIR, Diperkenalkan pada tahun 1946 oleh ICAO

Menurutnya, sejarah FIR mula diperkenal oleh International Civil Aviation Authority Authority (ICAO) pada tahun 1946.

Katanya, semasa tahun tersebut, ICAO telah membahagikan setiap kawasan untuk dikawal oleh sesebuah negara dan antara sebab mengapa Singapura diberi kuasa untuk mengawal ruang udara lebih besar berbanding Malaysia adalah kerana kecanggihan teknologinya pada ketika itu.

“Yang menjadikan kenapa Singapura dapat besar punya kawasan (kawalan udara) sebab waktu tahun 1946 International Airport atau penerbangan international di Singapura sangat ‘advance’, diorang punya alatan sangat canggih.”

Sir Syahmi

FIR boleh ditukar kepada Malaysia melalui rundingan

Jelas Sir Syahmi lagi, kawalan ruang udara tersebut sebenarnya boleh diberikan kepada Malaysia melalui proses rundingan.

“Mana tahu mungkin kerajaan (sekarang) nak bantu dan nak selesaikan isu ini, bolehlah tiket penerbangan jadi murah nak pergi Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.