Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu Bermula 1 Februari Ini

Umum mengetahui air merupakan sumber keperluan utama dalam kehidupan manusia. Di kebanyakan negara, pengguna akan dicaj berdasarkan penggunaan bagi setiap bekalan air bersih yang diperolehinya.

Berdasarkan senarai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Malaysia berada di tangga keempat di Asia yang mempunyai kadar tarif terendah bagi tahun 2022 iaitu RM1.22 setiap meter padu air.

Baca Artikel Berkaitan: Kadar Tarif Air Di Malaysia Antara Terendah Di Asia

Tarif Air Naik Purata RM0.22 Bagi Setiap Meter Padu Air

Bermula 1 Februari, tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mengalami kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu air.

Pelarasan ini bakal membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik daripada 7.9 juta pemegang akaun dan kenaikan 22 sen itu merupakan purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Menurut SPAN, tarif baharu itu dijangka menyebabkan berlakunya peningkatan caj bil dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.

Jelasnya, pelarasan tarif ini akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM) bagi pengguna domestik.

Pelarasan Tarif Air Tidak Boleh Ditangguhkan, Bantu Bangunkan Infrastruktur Sistem Bekalan Air

SPAN menerusi satu kenyataan turut menjelaskan bahawa struktur dan komponen tarif bagi setiap negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diseragamkan di bawah TSM.

Manakala, tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan supaya tidak menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati oleh rakyat.

“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” kata SPAN.

Tambahnya, pelarasan ini menggambarkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.

Operator Bekalan Air Diminta Teruskan Inisiatif Bagi Minimumkan Kesan Kenaikan Bil

Bagi mengurangkan kesan kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator air di negeri masing-masing turut diminta untuk meneruskan inisiatif sedia ada seperti bantuan secara bersasar kepada pengguna domestik contohnya pemberian rebat kepada kumpulan B40.

“Melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air dan membuat penggantian paip usang.

“Selain itu, operator air juga melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi jangkaan pengguna,” kata kenyataan itu.

SPAN Saran Pengguna Guna Air Secara Berhemat

Dalam pada itu, SPAN turut menasihatkan agar pengguna menggunakan air secara berhemat melalui langkah seperti berikut:

  • menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN;
  • memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing; dan
  • memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air alternatif untuk kegunaan bukan minuman.

Baca Artikel Berkaitan: Kadar Tarif Air Di Malaysia Antara Terendah Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Air Di Perak Naik, Menteri Besar Beri Jaminan Tak Akan Bebankan Rakyat

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

7 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

8 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

8 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

9 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

10 hours ago