Gelagat Wanita Hamil Cium Tayar Motor Yang Baru Undang Perhatian [Video]

Mengidam kebiasaannya sinonim dengan wanita atau ibu hamil. Lazimnya, perasaan itu sering kali dikaitkan dengan keinginan untuk mencuba sesuatu khususnya makanan.

Namun, ada segelintir wanita hamil yang mempunyai keinginan berbeza hingga kadang-kala kedengaran pelik bagi sesetengah pihak.

Wanita Hamil Cium Bau Tayar

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mimiaina1, kelihatan pemilik akaun berkenaan yang juga merupakan seorang wanita mengandung sedang asyik mencium bau tayar motosikal yang baharu.

Menerusi video tersebut, Aina dilihat menekup mukanya dalam tempoh masa yang agak lama ke tayar motosikal itu.

Malah, dia kelihatan tersenyum puas selepas apa yang dihajatinya tercapai.

“Kenapa ibu hamil mengidam pelik-pelik?” tulis Aina di video tersebut.

Video Jadi Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat lebih 340 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya yang terdiri daripada ibu mengandung atau wanita yang pernah hamil memahami perasaannya.

Mereka juga dilihat turut berkongsikan pengalaman serupa mengidam benda yang pelik bagi kebanyakan orang.

Malah, ada golongan wanita bujang dan tidak hamil serta kaum Adam mengakui turut mempunyai rasa yang sama seperti Aina di mana mereka juga menyukai bau tayar motosikal yang baru.

Terdapat juga komen dari segelintir kaum lelaki yang mendoakan agar mereka tidak berhadapan dengan situasi di mana perlu memenuhi permintaan pelik sang isteri.

Info Tentang Mengidam

Sekadar info, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengidam ketika mengandung merupakan satu perkara yang normal.

Ia biasanya merujuk kepada perasaan ingin mencuba makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

Kebiasaannya, rasa mengidam berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan, namun dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukanlah berlaku disebabkan oleh perubahan hormon.

Namun, ia terjadi akibat daripada hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan antaranya seperti peningkatan progesteron.

Benarkah Ibu Mengandung Mesti Mengidam? Baca 4 Fakta Ini Dulu Mengidam dan ibu hamil sangat sinonim. Keinginan untuk…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, 10 January 2016

Berikut antara komen warganet:

“Okay Lagi Tu, Saya Dulu Mengandung Anak Nombor 2 Mengidam Nak Duduk Dalam Lokap”

“Macam Saya, Suka Bau Duit Baru RM10 Yang Keluar Dari ATM”

“Masalahnya Saya Yang Tak Mengandung Pun Suka Bau Tayar”

“Janganla Bini Aku Nanti Minta Bau Duit Dari ATM”

“Aku Dulu Suka Bau Tikar Getah”

“Aku Yang Laki Pun Kadang-Kadang Layan Juga Bau Tayar Baru”

Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Tuhan Sayang!” – Suami Pening Layan Karenah Isteri Mengandung Mengidam Minum Arak

Baca Artikel Berkaitan: “Ala RM 3 Juta Je..” – Guna Alasan Baby Mengidam, Wanita Hamil Merajuk Suami Taknak Beli Lamborghini

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago