Didakwa Jadi Menteri Tebuk Atap, Dr Zulkifli Selar Kenyataan Tak Matang Individu

Umum mengetahui Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Mentri (Hal Ehwal Agama) sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.

Selain itu beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan sering berkongsi dan menjawab berhubung hal ehwal agama menerusi pelbagai platform antaranya adalah laman X.

Dr Zulkifli selar kenyataan individu dakwa letak jawatan mufti kerana ingin jadi menteri

Walau bagaimanapun baru-baru ini, bekas menteri itu telah menyelar satu dakwaan tidak matang dikeluarkan oleh seorang individu.

Menerusi kenyataan tersebut, individu berkenaan mendakwa Dr Zulkifli sebelum ini meletakkan jawatan sebagai mufti kerana ingin menjadi menteri.

“Naif sangat. Letak jawatan mufti kerana nak jadi menteri ‘tebuk atap’,” tulis individu itu.

Dakwaan tersebut dikeluarkan individu berkenaan selepas bekas menteri terbabit memuat naik satu hantaran di laman X menerima kunjungan di pejabatnya daripada beberapa sahabat pada 1 Februari sempena Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia.

Dalam perjumpaan tersebut mereka turut berbincang mengenai masa depan keharmonian antara agama di negara ini yang perlu ditambah baik.

Antara yang berkunjung adalah Ketua Uskup Kuala Lumpur, The Most Reverend Julian Leow Beng Kim, Reverend Dr Clarence Devadass, Revenrend George Harrison serta ramai lagi.

Sudah ulas bagaimana jadi menteri dalam podcast Keluar Sekejap

Dr Zulkifli kemudiannya tampil membalas kenyataan tersebut dan menjelaskan beliau telah mengulas secara lanjut berhubung perlantikannya sebagai menteri menerusi podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaludin (KJ) dan Shahril Hamdan.

Malah beliau turut mengatakan individu berkenaan adalah contoh terbaik mengapa politik di negara ini tidak kemana sekiranya dibiarkan bebas menyebar fitnah.

“Saya jarang balas kenyataan tidak matang. Namun apabila ia melibatkan kredibiliti saya, anda perlu sedar bahawa anda adalah contoh terbaik mengapa politik di Malaysia takkan ke mana-mana selagi orang seperti anda (walau akaun palsu) dibiarkan bebas memfitnah,” tulisnya membalas kepada individu terbabit.

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin suarakan hasrat ingin lantik Dr Zulkifli jadi mufti bertaraf menteri

Dalam podcast yang disiarkan pada 6 Disember tahun lalu, Shahril telah bertanya kepada Dr Zulkifli bagaimana beliau menerima tawaran sebagai seorang menteri pada ketika itu.

Menurut Dr Zulkifli sewaktu menjadi menteri, Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyuarakan hasrat baginda untuk melantik beliau sebagai mufti bertaraf menteri.

Terima panggilan dari Bekas Perdana Menteri Ke-8 mengenai jawatan menteri yang ditawarkan

Malah beliau turut menerima panggilan daripada Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang bertanya sekiranya Dr Zulkifli ingin menerima jawatan tersebut.

“Saya sejujurnya menjawab perkara itu perlu ditanya kepada Tuanku Agong, jika baginda bersetuju maka saya setujulah.

“Lalu baginda kata setuju, Saya pun kata saya kena istikarah sekejap. Saya pergi ke masjid, saya ajak kawan. Saya sembahyang, sembahyang, sembahyang.

“Kemudian saya kata ‘siru’ala barakatillah, lalu saya kata saya terimalah (jawatan sebagai menteri) itu sahaja,” jelasnya dalam podcast tersebut.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

2 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

2 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

3 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

5 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

5 hours ago