Kereta Vellfire Menteri Didakwa Ikut Ambulans Untuk Elak Jalan Jem Buat Netizen Berang
Segelintir netizen mendakwa kereta Toyota Vellfire dengan lambang menteri itu adalah milik Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini berlaku satu kemalangan maut membabitkan tiga treler dan empat kereta di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai.
Kemalangan maut tersebut mengakibatkan dua individu maut dan seorang lagi cedera.
Nahas pada Sabtu pagi (2 Feb) itu turut menyebabkan laluan tersebut terhalang dan pengguna terpaksa berdepan dengan kesesakan hampir lima jam.
Namun di sebalik insiden tersebut, tular di media sosial satu posting Facebook beserta foto memperlihatkan tidak beretika seorang pemandu kereta Vellfire berwarna hitam yang didakwa mengikut rapat sebuah ambulans sebagai cubaan untuk keluar dari kesesakan tersebut.
Apa yang mencuri perhatian kenderaan mewah itu dipercayai milik seorang menteri.
Menerusi posting pengguna Facebook berkenaan, kenderaan jenis Toyota Vellfire dengan lambang Menteri itu mengikut ambulan berkenaan di saat kenderaan lain berganjak ke tepi untuk membuka laluan.
“Kemalangan di Simpang Pulai, sampai ke Tapah jem. 6 jam (sangkut). Tapi paling sakit hati kereta menteri ikut belakang ambulans macam dia terpaling ’emergency’.
“Hebat menteri-menteri Malaysia, keep it up, good work” tulis Fadzilah dengan nada sinis.
Tular di Twitter hingga dikecam netizen
Posting berkenaan kemudian tular di Twitter (X) selepas dikongsikan seorang pengguna @maliqueredzuan.
Sehubungan itu rata-rata mengecam tindakan pemandu Vellfire berkenaan dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tegas sekiranya terbukti perkara tersebut benar.
Netizen dakwa kereta Nga Kor Ming
Dalam pada itu, netizen yang tidak berpuas hati kemudiannya membuat carian dan hasilnya, mereka mendakwa kereta tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Ini selepas mereka menemui beberapa gambar yang dapat mengaitkan Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan dengan kereta tersebut.
Susulan itu ramai yang mula ‘menyerang’ akaun Twitter Nga Kor Ming dan memintanya untuk menjawab dakwaan berkenaan.
Menerusi semakan kami, belum ada sebarang respon dari Nga Kor Ming mahupun pihak berkuasa berhubung isu ini.